Kolumnis

LEBAM PUNGGUNG IDRIS AHMAD, BIRAT JUBUR NIZAR JAMALUDDIN!!!

Mujur jugalah Idris Ahmad, bekas Ketua Penerangan PAS Pusat dilantik sebagai AJK PAS Pusat. Biarpun sekadar dilantik dan bukan kerana pilihan perwakilan, setidak-tidaknya ia cukup untuk menutup lebam pada punggung Idris Ahmad.

Jawatan Ketua Penerangan PAS Pusat sekarang disandang oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, calon yang kalah dalam pertarungan tiga penjuru antara dia, Mat Sabu dan Nasharudin Mat Isa. Jawatan Timbalan Presiden PAS dipegang oleh seorang yang didakwa sebagai penganut Syiah, Mat Sabu.

Sepanjang menjadi Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad sebenarnya lebih banyak menunjukkan kebodohan berbanding kecerdikan. Taraf IQ dan akalnya hampir sama dengan Zuraidah Kamaruddin, Ketua Wanita PKR merangkap Ahli Parlimen Ampang. Asal nampak macam benda boleh dijadikan isu, berkokoklah dan bersuaralah dia walaupun suaranya mengalahkan suara himar.

Dalam banyak keadaan, Idris Ahmad cuba menjadikan bekas Perdana Menteri Malaysia sebagai sasaran utama. Mungkin berasakan Mahathir tidak akan mampu membalas memandangkan Mahathir bukan lagi Perdana Menteri dan orang yang paling berkuasa di negara ini, Idris Ahmad kerap menyerang bekas Perdana Menteri itu dalam kesemua isu yang dibangkitkan.

Idris Ahmad sebenarnya gagal menaikkan PAS walaupun pada zaman dia menjadi Ketua Penerangan, PAS mendapat perhatian luar biasa daripada rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Perhatian yang diberikan kepada PAS bukan kerana pragmatik PAS, tetapi kerana cakap tidak serupa bikin. PAS pada zaman Idris Ahmad juga kerap menjadi buah mulut berikutan pendekatan pimpinan utama untuk menukarkan PAS daripada sebuah parti yang memperjuangkan Islam kepada parti yang memperjuangkan pencacaian kepada PKR dan DAP!

Dalam kebanyakan hal, Idris Ahmad begitu membela Nik Abdul Aziz dan pentadbiran PAS di Kelantan. Idris Ahmad sanggup berbohong dan berdusta dengan mengatakan Kelantan tidaklah seperti yang digembar-gemburkan oleh musuh mereka. Malangnya hakikat yang berlaku di Kelantan ialah, kadar jenayah sosial yang tidak berkurangan, bahkan begitu meningkat berbanding Melaka yang kerap kali dilabelkan sebagai Negeri Anak Luar Nikah memandangkan wujudnya rumah perlindungan dan sekolah pemulihan untuk remaja-remaja perempuan yang mengandung akibat seks bebas.

Anehnya, Idris Ahmad tidak pula berani menyatakan, majoriti pelajar dan remaja yang berada di rumah perlindungan serta sekolah pemulihan tersebut adalah remaja dari Kelantan!

Nizar Jamaluddin juga bernasib baik kerana dilantik sebagai AJK. Juga senasib dengan Idris Ahmad yang hanya dilantik, bukannya dipilih. Nizar Jamaluddin seperti juga Idris Ahmad kalah dalam pertarungan merebut tiga kerusi Naib Presiden PAS. Namun ada banyak kisah menarik Nizar Jamaluddin, calon Naib Presiden yang paling ‘baru’ menyertai PAS.

Nama Nizar Jamaluddin sebenarnya tidaklah dikenali. Dia hanya dikenali selepas kemelut antara DAP dengan Istana Perak apabila KDYMM Seri Sultan Perak tidak memperkenankan calon Menteri Besar daripada DAP kerana tidak menepati Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Selepas kemelut yang berlaku, akhirnya Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Besar Perak dan dia sangat terkenal kerana menjadi pencacai kepada dua bersepupu, Nga-Ngeh yang merupakan puncak kuasa DAP di Perak.

Perwakilan bagaimanapun terkesan dengan tindakan politik Nizar Jamaluddin yang cuba menyekat Husam Musa daripada memenangi jawatan Naib Presiden. Didakwa menggunakan orang kuatnya, Nor Azli Musa, si taliban bengong untuk panjang janggut daripada akal, para perwakilan akhirnya menolak Nizar Jamaluddin yang cuba membawa masuk politik kotor dalam pertandingan jawatan-jawatan utama PAS Pusat.

Nasib Nizar Jamaluddin mungkin agak baik kerana masih lagi dilantik sebagai AJK PAS Pusat. Biarpun mungkin perlantikan tersebut mengurangkan kuasanya, tetapi sedikit sebanyak dapat jugalah melindungi birat di punggungnya kerana cuba menghalang Husam Musa daripada menjawat jawatan Naib Presiden PAS.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");