Perak Hari Ini

Masalah sampah:Jangan bergantung pada MBI semata-mata

Adun Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman mahu semua pihak samada agensi kerajaan mahupun masyarakat untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam mengekalkan kebersihan di Perak.

Jelas beliau, masyarakat tidak boleh bergantung kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) semata-mata sebaliknya ia perlu menjadi tanggungjawab setiap rakyat di negeri itu.

Katanya, masalah lambakan sampah lazimnya bermula dari rumah-rumah dimana terdapat golongan yang tidak bertanggungjawab menjadikan longkang sebagai tempat pembuangan sisa makanan.

Tambahnya lagi, pihak MBI telah memperuntukkan lebih 20% dari keseluruhan bajet untuk pengurusan sampah namun jika perkara ini dianggap remeh oleh rakyat maka ia hanya akan menambahkan lagi masalah yang sedia ada.

“Rakyat perlu ada kesedaran sivik sendiri… jangan sewenang-wenang buang sampah di merata-rata tempat dan kemudian tunggu MBI untuk membersihkan…kita dah sediakan kawasan maka gunakanlah dengan bijak.

“Jika kesedaran itu tidak ada…maka masalah lambakan sampah tidak akan selesai sampai bila-bila…jadi semua pihak perlu ambil peranan,”katanya kepada PerakToday.

Hamidah yang ditemui selepas lawatan mengejut ke Taman Desa Pinji, Ipoh siang tadi memberitahu kerajaan negeri dengan kerjasama MBI akan mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah lambakan sampah di bekas tapak loji sisa kumbahan.

“Selepas saya tengok bekas loji ini…saya dapati memang penduduk disini terseksa dengan bau busuk sampah…jadi kita akan usahakan untuk membersihkan kawasan ini.

“Langkah segera akan diambil dan saya minta pihak MBI pertimbangkan untuk bertindak secepat mungkin.

“Pertama sekali kita akan angkut keluar sampah-sampah ini… dan mungkin kita akan dalamkan lagi kolam loji ini.

Bagaimanapun, Hamidah mengingatkan penduduk kawasan itu supaya mengamalkan cara hidup yang lebih bertanggungjawab bagi mengelak masalah yang sama berulang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");