Perak Hari Ini

Media Perak Sertai Kejohanan Futsal Inter Media

Sebanyak lima pasukan mewakili agensi media di Perak mengesahkan penyertaan pada kejohanan sulung Futsal Inter Media Perak anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak (KSKMP) yang akan berlangsung pada 3 Julai ini.

Setiausaha KSKMP Kamarulzaman Yusof berkata pasukan terbabit ialah Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Sinar Harian, Utusan Malaysia dan Berita Harian/New Straits Times.

“Penyertaan masih terbuka kepada mana-mana pasukan media yang ingin menyertai kejohanan kali pertama ini. Tujuan penganjuran pertandingan ini untuk merapatkan hubungan di antara satu sama lain,” katanya kepada pemberita, di sini pada Jumaat.

Hadiah wang tunai RM1,000 menanti pasukan juara, manakala naib juara RM800 dan tempat ketiga menerima RM600 selain hadiah sagu hati untuk tempat keempat dan ke bawah.

Pasukan media lain di Perak yang ingin menyertai pertandingan boleh hubungi urus setia kejohanan Pilus Abu di talian 05-2557012.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");