Kolumnis

Memang Butalah Kalau Masih Tak Nampak!!!

Keputusan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk kekal mengadakan pilihanraya masjid bagi memilih ahli-ahli jawatan kuasa baru sebenarnya mempunyai muslihat yang lebih halus. Walaupun berselindung di sebalik alasan kononnya untuk mendapatkan persetujuan anak kariah, tetapi sebenarnya ingin memastikan masyarakat Melayu, terutama sekali yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik, berpecah belah. Sebab, kebanyakan orang Melayu lebih memandang besar kepada Masjid berbanding parti-parti politik, sekalipun dalam darah mereka ada ‘zikir’ PAS atau UMNO.

Walau sehebat mana pun mereka bertegang leher tentang isu politik, masjid adalah tempat pertemuan. Biarpun bukan untuk solat berjemaah, tetapi setidak-tidaknya pada hari Jumaat. Dan adat orang Melayu, walaupun di luar masjid mereka akan bermasam muka dan tidak bertegur sapa, tetapi di dalam masjid mereka tetap akan bersalaman sesudah solat sambil berselawat ke atas Nabi s.a.w.

Tindakan DAP yang menjadikan Majlis Agama Islam Pulau Pinang sebagai topeng sebenarnya merupakan racun yang paling bisa kepada umat Islam, khususnya yang berada di Pulau Pinang. GERAKAN sepanjang mentadbir Pulau Pinang, tidak pernah masuk campur dalam hal masjid dan umat Islam, tetapi DAP bertindak sebaliknya.

DAP tidak akan berpuas hati selagi umat Islam tidak berpecah belah sebagaimana yang diinginkan. Walaupun sekarang umat Islam berpecah belah, namun tahap pecah belah itu masih belum cukup untuk DAP menjadi tuan besar yang tidak ditentang. Untuk itu, DAP perlu menggunakan segala kesempatan untuk memastikan umat Islam yang tongong dan bahlol untuk sentiasa mengikut serta menjadi anjing mereka dengan alasan demokrasi.

Kalau kita perhatikan, demokrasi seringkali diberikan gambaran yang indah-indah. Bahkan ada kalanya demokrasi digambarkan sebagai lebih baik berbanding Islam. PAS sendiri memilih demokrasi berbanding Syura dalam pemilihan agung parti tersebut bagi memperlihatkan betapa parti itu telah berubah kepada yang lebih baik.

Demokrasi sebenarnya tidak lebih baik daripada sistem pemilihan yang dibuat oleh Islam. Dalam Islam, pemilihan baik pemimpin negara mahupun Imam dibuat berdasarkan kriteria yang telah ditentukan kualitinya. Begitu juga dengan AJK masjid yang suatu ketika dahulu merupakan kerja-kerja fardu kifayah dan sukarela.

Kegilaan terhadap demokrasi jelas bertujuan untuk memperlembukan umat Islam dan menghilangkan tumpuan umat daripada beribadah kepada berseronok-seronok dengan kuasa. Pastinya akan ada manusia yang mempunyai kepentingan akan menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan-jawatan di masjid. Dan selepas itu bermulalah masalah baru yang jauh lebih berat berbanding masalah yang melanda masjid-masjid di seluruh negara.

Kita sudah boleh menjangkakan alasan yang diberikan iaitu hanya golongan yang rapat dengan masjid sahaja yang mempunyai peluang untuk mendapatkan jawatan-jawatan. Golongan yang ke masjid hanya sesekali tidak layak  untuk bersuara.

Itu alasan yang paling kerap akan digunakan. Sedangkan hakikatnya, ramai yang ke  masjid untuk menunaikan fardu kifayah dan fardu ain tanpa sekelumit pun keinginan untuk mendapatkan jawatan. Kebanyakan yang pergi ke masjid semata-mata untuk Allah Taala. Yang menerima jawatan pun kerana Allah Taala, bukan kerana pemilihan dalam bentuk demokrasi berpilihanraya.

Yang sangat pasti ialah perpecahan di kalangan orang masjid akan menjadi bertambah teruk. Gila kuasa akan menjadi-jadi. Segala-gala akan dilakukan demi mendapatkan kuasa dan jawatan yang sekarang ini bergaji dan berelaun. Apa lagi yang dapat menyatukan umat Islam selepas masjid juga dicerobohi kesuciannya dengan pemilihan menerusi pilihanraya.

Namun dalam soal ini, yang menjadi persoalan, di mana letaknya KDYMM Yang Dipertuan Agong? Sebabnya segala urusan agama Islam di Pulau Pinang sebenarnya berada di bawah kuasa Duli Yang Dipertuan, bukannya memandai-mandai Lim Guan Eng dan pencacai bangangnya, Malik Kassim!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");