Isu Panas

Nazri: Dengan jadikan PAS kuat, impian Hadi maju jadi PM

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memberi PKR dan DAP peringatan mengenai imej liberal yang hendak dibawa PAS sambil menegaskan, presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bercita-cita mahu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri menanti dari Pakatan Rakyat.

Berkongsi analisis beliau berhubung pemilihan PAS yang diadakan akhir minggu lalu, ahli Majlis Tertinggi itu berkata, trend baru muncul di parti Islam konservatif itu — nafsu baru untuk berkuasa.

Kata Nazri (gambar), permainan politik baru kepimpinan PAS bertujuan mahu mengubahsuai imej Islamnya agar ia kelihatan dapat diterima oleh bukan Islam dan seterusnya menjadi parti yang kuat dalam Pakatan Rakyat, mengatasi kedudukan PKR dan DAP.

Sehubungan itu, menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berkata, kebangkitan PAS akan membawa kepada pergolakan kuasa dalam Pakatan Rakyat semasa pilihan raya umum akan datang kerana mereka akan cuba untuk mengatasi satu sama lain untuk mendapatkan perwakilan besar dalam Parlimen.

“Sudah pasti, mereka akan bertelagah. Saya fikir Hadi sedar bahawa ada peluang bagi beliau untuk menjadi pemimpin Pakatan Rakyat,” katanya lagi.

“Jika beliau berfikir bahawa beliau boleh menawan Putrajaya, maka beliau mahu menjadi perdana menteri. Itu sebabnya beliau memaksa parti itu mengubah imej sebab beliau tahu bahawa Anwar berada dalam masalah dan PAS mahu menjadi parti yang kukuh dalam Pakatan Rakyat,” kata Nazri pada sidang media di sini hari ini. – themalaysianinsider.com

MENYUSUL LAGI

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");