Perak Hari Ini

Ngeh Jangan Banyak Cakap

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menyifatkan Pakatan Rakyat negeri itu gusar dengan pembangunan pesat sepanjang pentadbiran Barisan Nasional.

Malah, beliau menasihati Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Ko Ham supaya tidak membuat tuduhan melulu dengan menyatakan kerajaan Perak dibawah pentadbiran BN mengabaikan masalah kecil yang wujud di negeri itu.

“Ngeh mengatakan kerajaan BN sekarang sibuk mengumumkan pembangunan yang dibuat sebaliknya gagal menyelesaikan masalah –masalah kecil rakyat… ini semua adalah kebimbangan beliau tetapi beliau tunjukkan dengan membuat tuduhan ke atas BN.

“Bagi saya, komen Ngeh ini menggambarkan keresahan beliau sebenarnya… mereka (pembangkang) begitu bimbang dengan kemajuan yang kita bawa kerana dalam tempoh 11 bulan pentadbiran mereka di Perak… mereka tidak mampu melakukan apa-apa pun.

“Dia(Ngeh) membuat kenyataan seperti itu kerana dia bimbang dengan kerancakkan ekonomi negeri sekarang… jadi dia terpaksa buat komen-komen bagi mengurangkan keresahan sendiri… tetapi saya tidak hairan pun dengan kerisauan beliau,” katanya kepada PerakToday.

Justeru, Zambry mencabar Ngeh supaya mengumumkan pembangunan ke atas rakyat miskin yang kerajaan Pakatan Rakyat laksanakan dalam tempoh 11 bulan mentadbir Perak.

Katanya, sepanjang pentadbiran Pakatan Rakyat di Perak, pembangkang langsung tidak memcari initiatif untuk membantu rakyat malah sebuah rumah pun tidak mampu dibina bagi meringkan bebanan masyarakat yang tidak berkemampuan.

Dalam pada itu, Zambry juga menyifatkan tindakan Ngeh itu sebagai serangan pra-pilihanraya dalam usaha mereka untuk merampas balik pentadbiran negeri itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");