Perak Hari Ini

PAC Perak Mahu Aktiviti Melombong Pasir Dipantau

Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) Negeri Perak meminta semua jabatan dan agensi kerajaan yang berkenaan supaya mengadakan pemantauan bersama terhadap aktiviti melombong pasir dan tanah merah bagi mencegah kes kecurian pasir sungai, lombong dan bukit.

Pengerusi jawatankuasa itu Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata usaha membanteras kecurian pasir dan aktiviti melombong di luar kawasan yang diluluskan bukan sahaja merugikan daripada segi kutipan hasil kerajaan tetapi boleh menimbulkan masalah pencemaran alam sekitar dan ancaman tanah runtuh.

“Kekurangan penyelarasan kerja pemantauan dan penguatkuasaan dipercayai antara punca aktiviti mencuri bahan-bahan ini meningkat,” katanya.

Raja Ahmad Zainuddin berkata Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengairan dan Saliran perlu mengadakan perbincangan bagi mengadakan pemantauan dan operasi bersepadu memandangkan golongan yang terlibat semakin berani melakukan kesalahan itu.

Sejak kebelakangan ini, industri mengorek pasir menjadi tarikan kerana bahan itu amat diperlukan dengan kuantiti yang banyak untuk memenuhi keperluan projek besar seperti pembinaan landasan kereta api berkembar.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");