Perak Hari Ini

Pelaburan RM5.8 bilion bina loji LNG di Manjung

Perak bakal menjadi negeri pertama di Malaysia yang membekalkan gas cecair asli (LNG) apabila kerajaan negeri meluluskan pelaburan sebuah syarikat untuk membina loji LNG di Tanjung Hantu, dekat Manjung.

Exco Industri, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, kerajaan negeri sudah meluluskan tanah seluas 60 hektar kepada Syarikat Atigas Technology Sdn Bhd yang akan mengimport gas dari Qatar untuk dibekalkan kepada pasaran tempatan.

Katanya, pembinaan loji ini melibatkan pelaburan bernilai RM5.8 bilion.

“Tapak ini bakal dijadikan sebagai pangkalan kepada gas yang diimport dari Qatar untuk tujuan pelaksanaan LNG ini.

“Penubuhan pangkalan ini secara tidak langsung membawa berita baik di Perak kerana ia merupakan negeri pertama di Malaysia yang menjadi pengeluar kepada gas LNG, “ katanya di dalam sidang media di Bangunan Perak SUK, Ipoh, baru-baru ini.

LNG merupakan gas semulajadi yang ditukar daripada gas cecair kepada gas dan penggunanya dilihat berpotensi dalam memberi penjimatan lebih daripada 70 peratus kepada pengguna kenderaan dan komersial jika dibandingkan dengan penggunaan petrol dan gas NGV.

Hamidah berkata, logi membekal LNG di Tanjung Hantu itu merupakan yang kedua terbesar di rantau Asia Tenggara selepas Singapura dan dijanga menyediakan lebih 3,000 peluang pekerjaan.

Pengarah Syarikat Atigas, Tang Hock Leng berkata, LNG menawarkan harga yang sama seperti petrol dan NGV tetapi ianya mempunyai kelebihan tersendiri iaitu dari segi ketumpatannya.

“Jika kenderaan yang menggunakan NGV, separuh daripada ruang but bakal diperuntukkan untuk meletakkan tangki NGV yang bersaiz besar tetapi tangki LNG hanya menggunakan ruang separuh daripada itu dengan jumlah isipadu yang sama .

“Tetapi oleh kerana ketumpatannya yang tinggi, maka pengguna bakal menikmati lebih 70 peratus penjimatan berbanding petrol dan NGV selain mampu menjimatkan lebih 2 juta subsidi kerajaan, “ katanya.

Hock berkata, syarikatnya telah mula melaksanakan LNG ini dan dalam masa 15 bulan daripada sekarang masyarakat sudah boleh didapati di pasaran.

Projek ini dijangka bukan sahaja mampu menyediakan kemudahan kepada seluruh rakyat di Malaysia malah dilihat data merancakkan perindustrian gas dan minyak ini sekaligus mampu meningkatkan ekonomi di Perak.

Pada peringkat permulaan ini, Hock berkata syarikatnya bakal mewujudkan sebanyak 300 kiosk LNG di seluruh Perak sebelum bercadang menubuhkan stesen LNG sendiri dalam masa terdekat ini.

“Sasaran kami ialah kami menyasarkan 70 peratus daripada penduduk di Malaysia bakal menggunakan LNG ini menjelang tahun 2020,” katanya.

– SUNGAI RAPAT ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");