Perak Hari Ini

Pemimpin BN tidak pilih bulu

Hanya pemimpin pembangkang yang berat sebelah untuk berkhidmat membantu rakyat.

Malah lebih teruk, usaha-usaha untuk membela nasib rakyat lebih tertumpu di kubu kekuatan Pakatan Rakyat dan bagi kawasan lain diabaikan terus.

Adun Slim River, Datuk Khusairi Abdul Talib memberitahu pemimpin Barisan Nasional (BN) tidak pernah sesekali mengamalkan prinsip memilih bulu dalam soal menghulurkan bantuan kepada rakyat.

Berbeza dengan sikap pembangkang, setiap rakyat yang memerlukan bantuan akan mendapat perhatian kerajaan BN sama ada di peringkat pusat atau negeri tanpa sedikit pun mengira ideologi politik.

“Barisan Nasional memang dari dulu lagi… kita tidak pernah berat sebelah untuk memberi kehidupan yang terbaik kepada rakyat… jika ada masalah kita bantu… tidak kiralah di negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan lain-lain… semua kita bantu.

“Tetapi pembangkang ini lain…mereka akan tengok… kawasan mana yang boleh bagi mereka menang pada pilihanraya maka dikawasan itu sahaja akan mendapat segala macam bantuan… di kawasan lain terutama kubu BN… mereka buat tidak tahu sahaja.

Apa yang dilihat sekarang, jelas Khusairi, pembangkang kembali menyuntik tanggapan pemimpin BN hanya turun padang menjelang musim pilihanraya.

Katanya, tuduhan lapuk itu langsung tidak berasas kerana rakyat sudah sedia maklum bahawa pemimpin BN sentiasa berkhidmat tanpa mengira waktu dan bukan semata-mata kerana pilihanraya.

“Dari track record kita… dah terbukti kita tidak pernah memilih waktu yang sesuai untuk membantu rakyat… ini semua hanya agenda pembangkang untuk menghasut rakyat supaya menbenci BN.

“Kita sentiasa melaksanakan program pembangunan untuk rakyat tidak kira sebelum, dekat atau selepas pilihanraya… sebarang agenda yang kita rancang pasti ita akan laksanakan.

“Cuma berbeza nya pemimpin BN dengan pembangkang adalah kita akan melipatgandakan perkhidmatan kita apabila hampirnya dengan pengumuman pilihanraya…

Justeru  Khusairi menasihati rakyat agar tidak terpesong dengan dakyah kebencian yang dicipta oleh pembangang sebaliknya terus yakin dengan kepimpinan BN.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");