Perak Hari Ini

Pemuda Pas sokong Zambry?

Sudah jelas Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir adalah seorang Menteri Besar yang memikirkan kebajikan dan keselesaan rakyat dan ini diakui oleh pemimpin Pas Perak.

Hari ini, Dewan Pemuda Pas Perak menyatakan sokongan mereka terhadap Zambry berkaitan permintaan beliau kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Sebelum ini, Adun Pangkor itu menyarankan LLM supaya laluan Lebuhraya Pantai Barat diubah ke pesisir pantai Perak dan ia mendapat sokongan penuh oleh pemuda Pas.

Nampaknya golongan belia Pas sudah mula membuka mata dan fikiran terhadap kepimpinan Barisan Nasional di Perak.

Timbalan ketua Dewan Pemuda Pas, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata saranan Zambry itu amat bertepatan dengan perkembangan kawasan pelancongan yang terdapat di pesisiran pantai barat Perak.

Zambry semalam meminta LLM supaya mengubah laluan lebuh raya itu melalui kawasan pantai Bagan Datoh dan Manjung bagi membantu proses pembangunan kawasan pesisir pantai barat Perak.

Lebuh raya yang menelan kos RM6 bilion adalah dari Banting di Selangor ke Changkat Jering dekat Taiping. Laluan yang dicadangkan sekarang tidak melalui kawasan pantai tetapi dibina berhampiran Teluk Intan.

Raja Ahmad berkata cadangan Zambry itu akan merancakkan pembangunan sektor pelancongan dan ekonomi khususnya di Bagan Datoh dan Manjung.

“Kami mengharapkan projek ini akan membuka lambaran baru buat rakyat Perak dan sempadan Selangor,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");