Perak Hari Ini

Perniaga semakin rugi:Apa Kerja FAMA?

Apalah nasib perniaga di Terminal Agri Bisnes (TEMAN) yang terletak di Gopeng, Perak apabila pusat pembekalan atau pasar borong itu langsung tidak memberi pulangan.
Mana tidaknya, saban hari jumlah pelanggan semakin berkurangan walaupun ia telah beroperasi sejak 10 bulan yang lalu. Fenomena ini menyebabkan banyak perniaga yang terpaksa gulung sehingga menjadikan TEMAN semakin mundur dan kurang dikunjungi orang ramai.

Hakikatnya, TEMAN merupakan organisasi milik penuh FAMA yang sepatutnya berperanan sebagai sebuah pusat pembekalan makanan moden yang menghubungkan pengeluaran dengan penggunaan.

Namun apa yang dilihat kini, FAMA seolah-olah tidak mampu menarik lebih ramai pelanggan ke kawasan itu dan ia akhirnya meranapkan usaha gigih perniaga kecil dikawasan itu.

Tinjauan PerakToday di TEMAN hari ini memperlihatkan rintihan perniaga di pusat pembekalan makanan itu yang rata-ratanya mengeluh dengan hala tuju pendapatan mereka setiap hari.

Salah seorang perniaga yang ditemui, Ahmad Salleh Yusof, 38 tahun memberitahu pendapatan mereka hanya bergantung kepada jualan pada hujung minggu semata-mata.
Namun ia masih belum mencukupi untuk menampung kos modal serta sewa kedai setiap bulan. Malah bekalan ikan pada hari biasa sering rosak kerana tidak ada pembeli.

“Kalau hari biasa… disini macam tidak ada orang… hanya perniaga sahaja yang ada tetapi pelanggan langsung tidak datang… jadi macam mana kami nak dapat untung.

“Banyak kedai dah gulung tikar… kalau ada jualan pada hujung minggu pun… kami terpaksa bersaing dengan peniaga Pasar Tani yang dibuka pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

“Ramai rakyat Perak yang tidak tahu bahawa TEMAN ini sudah lama dibuka…disini kami langsung tidak ada promosi…jadi memang lah orang tidak datang.

Menurut Salleh, dengan bilangan kedai yang sedikit di TEMAN, ia menjadikan pusat pembekalan makanan itu seperti ‘Hidup Segan Mati Tidak Mahu’.

Bersetuju dengan pendapat Salleh, bagi perniaga sayur, Mohd Ali Ahmad, 45 Tahun, jualan di TEMAN hanya menambahkan kerugian yang terpaksa ditanggung hampir setiap hari.

“Macam mana saya nak dapat untung… kadang-kadang dalam satu hari jualan saya tidak sampai RM 100 pun… tambah teruk sayur-sayur saya pun mula layu dan dibuang begitu sahaja.

“Tempat ini sudah lama dibuka tapi sampai sekarang tidak ramai orang yang datang membeli…FAMA pun tak ada usaha nak promosi.

“Kalau bukan FAMA siapa lagi nak bantu kami…kalau ada pusat pengedaran makanan pun tapi tak ada orang nak datang… nak buat apa,”katanya kepada PerakToday

Jika dilihat pada dasarnya, tujuan FAMA membuka TEMAN adalah untuk melaksanakan suatu sistem pemborongan dan pengedaran yang berintegrasi di mana transaksi pasaran akan dilaksanakan secara telus dan cekap berasaskan penzahiran dan perkongsian maklumat.

Malah, TEMAN juga berfungsi untuk meningkatkan kualiti hidup kesemua golongan dan dalam masa yang sama mampu menjana pendapatan dari hasil keluaran pertanian kepada Keluaran Negara Kasar.

Selain itu, FAMA juga meletakkan aspek peningkatan dan promosi dalam keluaran hasil pertanian termasuk dari segi kualiti, pensijilan, penggredan, pembungkusan, pelabelan dan kepiawaian mutu makanan sebagai salah satu objektif TEMAN.

Namun sehingga hari ini, objektif itu masih belum dapat direalisasikan oleh FAMA.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");