Perak Hari Ini

PPK perlu lebih kreatif:Ds Zambry

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menasihati ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) supaya lebih kreatif dalam menjana pendapatan sendiri.

Menurut beliau, ahli PPK tidak seharusnya bergantung sumber pendapatan kepada hasil kelapa sawit dan getah semata-mata.

Malah jelas Zambry, peladang boleh mencari alternatif lain kerana skop bidang pertanian adalah lebih luas dari apa yang mereka jangka.

“Kita tidak boleh bergantung kepada satu atau dua jenis tanaman sahaja… sebaliknya dengan keluasan tanah yang ada peladang boleh memikirkan cara untuk mendapat hasil pulangan jangka pendek.

“Dengan kepesatan teknologi… banya lagi tanaman yang boleh mendatangkan hasil lumayan… contohnya tanaman kacang soya, misai kucing dan herba.

Justeru beliau menggesa ahli-ahli PPK supaya mula mencari initiatif yang sesuai dengan keluasan tanah milik mereka selain mampu mendatangkan hasil.

Tambah Zambry lagi, peladang tidak perlu takut untuk mencuba menjana pendapatan dengan tanaman baru kerana ia sudah tentu boleh menjadi satu langkah awal bagi mereka untuk meningkat ekonomi masing-masing.

Zambry ditemui selepas menyampaikan Alat Kemudi Rate 1 di bawah program TapMosti@Community di Teluk Batek, Lumut.

Turut hadir dalam majlis itu, Timbalan Menteri Sains dan Teknologi Datuk Fadillah Yusof.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");