Perak Hari Ini

Sistem Pengangkutan Bas Awam Perak dipertingkatkan

Satu lagi usaha kerajaan Perak dalam meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memberitahu bilangan bas awam akan diperbanyakkan lagi disamping menyediakan perkhidmatan itu di kawasan-kawasan yang amat memerlukan pengangkutan.

Dengan kerjasama antara kerajaan negeri dan pihak swasta, beliau menjangkakan lebih 40 buah bas akan disediakan dalam tempoh tertentu.

“Dari 15 buah persatuan bas yang ada…mereka ini berusaha keras dalam menyediakan perkhidmatan bas awam yang terbaik dengan menyediakan bas ‘low deck’ yang baru.

“Kerajaan negeri telah merancang dan sekarang diperingkat perlaksanaan dan beberapa fasa telah pun dimulakan…ini termasuk perkhidmatan yang ada di sekitar bandaraya Ipoh dimana kita akan kembangkan laluan bas awam ke daerah-daerah lain.

“Initiatif ini selaras dengan usaha kerajaan negeri dalam memastikan perkhidmatan pengangkutan awam di Perak terus efisien dan sentiasa dibangunkan dari masa ke masa,”katanya kepada PerakToday.

Dalam perkembangan lain, menurut Zambry, kerajaan negeri setakat ini masih menunggu kelulusan peruntukkan dari kerajaan pusat bagi meneruskan kerja-kerja naik taraf stesen bas Medan Kid.

Sebelum ini, kerajaan negeri telah memohon peruntukkan sebanyak RM70 juta bagi menaiktaraf stesen bas itu dalam usaha menjadikannya salah satu tarikan di Perak.

Katanya, setakat ini, permohonan untuk membina Ipoh Sentral masih belum mendapat respon dari kerajaan pusat.

Bagaimanapun tambah Zambry, kerajaan negeri masih akan meneruskan permohonan bajet tersebut bagi memastikan rakyat Perak menikmati sistem pengangkutan awam yang lebih teratur.

Terdahulu, Zambry ditemui selepas merasmikan laluan baru bagi perkhidmatan bas Perak Transit Sdn Bhd di Dataran MBI, Ipoh, pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");