Perak Hari Ini

Wakil rakyat pembangkang semakin terdesak

Dek kerana bahang pilihanraya umum semakin terasa, pihak pembangkang terutamanya wakil rakyat DAP dilihat begitu terdesak untuk meraih sokongan pengundi.

Buktinya, ramai yang cuba menjadi hero kepada kaum tertentu bagi meraih sokongan politik tanpa mengira tempat dan kawasan asalkan matlamat mereka tercapai.

Adun Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman, wakil rakyat pembangkang ini juga cuba menghasut rakyat untuk membenci kerajaan tanpa mengira sempadan dan kawasan.

“Sepatutnya wakil rakyat ini menjaga kawasan masing-masing dahulu sebelum mencampuri masalah di kawasan lain yang bukan di bawah bidang kuasa mereka,” katanya kepada Peraktoday.com, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Adun Tronoh, V Sivakumar yang baru-baru ini mahu menjadi juara rakyat dengan membangkitkan isu letak letak kereta di pekan Batu Gajah yang masih tidak mencukupi hingga menjejaskan ekonomi tempatan.

Sivakumar yang juga bekas Speaker negeri meminta agar kerajaan negeri menukarkan Laman Local Agenda 21 sebagai lapangan meletak kereta kerana ketiadaan tempat meletak kenderaan

Mengulas lanjut, Hamidah juga berkata, isu seumpama itu tidak seharusnya dipolitikkan semata-mata untuk meraih sokongan kaum tertentu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");