Perak Hari Ini

Warga Uzur Felda terima bantuan kerajaan

Program Jejak Aspirasi Felda dibawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri telah membuka ruang kepada pemimpin tempatan turun padang untuk bersemuka dan sekaligus membantu rakyat di kawasan masing-masing.

Tidak melepaskan peluang untuk melaksanakan program berkenaan, Adun Slim River, Datuk Khusairi Abdul Talib bersama-sama Ahli Parlimen Tanjung Malim, Datuk Seri Ong Ka Chuan mengambil langkah aktif dengan menziarahi lebih 10 buah rumah warga uzur di kawasan Felda Gunung Besaut bagi menghulurkan bantuan.

Menurut Khusairi, setakat ini beliau telah pun melawati 6 daripada 10 perkampungan Felda yang ada di sekitar Tanjung Malim dan selebihnya akan habis diziarahi dalam minggu ini juga.

“Program ini sebenarnya memberi peluang kepada pemimpin setempat untuk membantu masyarakat uzur di mana-mana perkampungan Felda seluruh negara dan bukannya semata-mata di Tanjung Malim sahaja.

“Ini bermaksud lebih 317 tanah felda akan dilawati di seluruh negara dan kami di kawasan Tanjung Malim telah dan akan menjayakan program berkenaan di perkampungan felda yang ada disini.

“Jadi hari ini kita lihat, pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan termasuk keperluan makanan harian seperti beras dan gula selain lampin pakai buang dewasa dan kerusi roda.

Tambah beliau lagi, bentuk bantuan yang diberikan kepada setiap keluarga adalah bergantung kepada keperluan masing-masing.

Khusairi menambah, dengan pemberian bantuan berkenaan ia diharap dapat memberi semangat kepada warga uzur terbabit untuk meneruskan kehidupan masing-masing.

Terdahulu berliau ditemui selepas menziarahi 10 buah rumah di perkampungan Felda Gunung Besaut 3 dan 2, Tanjung Malim petang Rabu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");