Kolumnis

Batal Juga Kesudahannya! Makin Meroyanlah PAS!

Kesian PAS! Kesian Mat Sabu! Kesian pencacai-pencacai berserban yang rasa mereka lebih Islam berbanding orang lain! Kesian! Kesian!

Ambiga Sreevanasan telah mengumumkan demonstrasi jalanan dibatalkan ‘atas nasihat’ KDYMM Yang Dipertuan Agong tetapi himpunan akan diteruskan di dalam stadium atau lebih tepat lagi di kawasan tertutup. Sedangkan pada masa yang sama, Mat Sabu yang merupakan orang kedua terpenting dalam BERSIH 2.0 pula terus meroyan mengatakan, keputusan masih belum dibuat. Dan apabila demonstrasi dikatakan Ambiga akan dibuat di dalam stadium, maka meroyan sakanlah para pengacau dan pencetus kekacauan.

KDYMM Yang Dipertuan Agong menjadi sasaran kecaman dan maki hamun. Polis memang sudah lama menjadi sasaran caci hina. UMNO-BN dikatakan menjadi dalang serta menjadikan semua institusi serta agensi sebagai alat, seolah-olah para pencacai ingin menyatakan bahawa UMNO-BN terlalu berkuasa di negara ini, walaupun seperkasa dan sehebat UMNO pun, masih lagi terpaksa bertungkus lumus untuk mencari kemenangan pada pilihanraya umum akan datang.

Sudah tentulah puak yang paling meroyan dari kalangan pencacai adalah para pengikut PAS. Setelah bergelen-gelen air jampi ditelan kononnya untuk menjadi lebih berani apabila berhadapan dengan pihak berkuasa di jalan raya Kuala Lumpur, tiba-tiba sahaja demonstrasi tersebut dibatalkan. Setelah semangat jihad ditiupkan oleh para pemimpin PAS, tiba-tiba sahaja Ambiga Sreevanasan menukar fikiran dan mengambil keputusan untuk akur dengan titah perintah KDYMM Yang Dipertuan Agong.

PKR menerusi Setiausaha Agung, sudah pun mengambil jalan menyedapkan hati sendiri. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Saifuddin Nasution cuba memberitahu bahawa Yang Dipertuan Agong turut menyokong BERSIH. Sedangkan titah khas yang dikeluarkan oleh Istana Negara itu begitu jelas menunjukkan KDYMM Yang Dipertuan Agong tidak bersetuju langsung dengan demonstrasi BERSIH 2.0.

Para pencacai PAS sudah pun meroyan dan mendesak agar segala peralatan BERSIH 2.0 yang dirampas dipulangkan semula, manakala semua yang ditahan kerana menghasut, segera dibebaskan. Sebabnya, demonstrasi jalanan BERSIH 2.0 telah dibatalkan dan hanya akan dibuat di dalam kawasan stadium.

Agak menarik memikirkan tentang kedangkalan puak-puak bughoh ini. Mereka bukan sahaja tersangat angkuh tetapi juga tidak mempunyai otak serta akal walau secebis pun!

Pastinya keputusan yang baru dibuat tidak menyenangkan puak-puak ini. Semangat mereka untuk memberontak di jalan-jalan raya tetap memuncak. Mat Sabu yang baru mendapat mandat sebagai Timbalan Presiden PAS, tentunya ingin membuktikan yang dia adalah seorang pemimpin yang hebat. Walaupun terdapat khabar-khabar angin yang mengatakan, Mat Sabu sebenarnya sangat gerun dengan ISA berdasarkan perbualannya dengan beberapa pihak, tetapi kegerunan tersebut tidak mampu menghalang para pengikut dan pemercayanya daripada keluar ke jalan raya bagi membangkitkan persepsi yang PAS sudah semakin hampir dengan Putrajaya.

Mengapa PAS tidak kecewa jikalau PAS telah menjanjikan sekurang-kurangnya 100,000 orang ahli mereka sudah bersiap sedia untuk keluar ke jalan-jalan raya untuk melakukan kekacauan dan huru-hara? 100,000 orang ahli yang sentiasa patuh dan wala’ dengan pemimpin mereka, tidak mungkin dapat menerima keputusan terkini. Kalau Ambiga sudah mengundurkan hasrat untuk berhimpun serta berdemonstrasi di tengah-tengah Kuala Lumpur, Mat Sabu boleh memimpin barisan para pencacai PAS di tengah-tengah jalan raya.

Lagipun, selepas Ambiga membuat keputusan untuk akur dengan titah perintah KDYMM Yang Dipertuan Agong, tentu sekali kredibiliti Ambiga kepada para pencacai PAS merudum sepenuhnya. Ini adalah masanya untuk Mat Sabu ‘mengambilalih’ jawatan Pengerusi Penyelaras BERSIH daripada Ambiga.

Para pencacai PAS tentu sekali akan menyokongnya dengan perangai meroyan mereka!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");