Perak Hari Ini

MBI Tambah Baik papan Tanda untuk martabatkan Bahasa

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan melakukan penambahbaikan terhadap papan tanda di sekitar bandar raya ini bagi memartabatkan penggunaan bahasa terutama bahasa Malaysia.

Datuk Bandar Datuk Roshidi Hashim berkata pihaknya merancang beberapa reka bentuk baru yang lebih efisien untuk memberi maklumat tepat kepada orang ramai dan pengunjung di bandar raya ini.

“Kita mungkin menggunakan satu pendekatan, di mana perkataan Ipoh akan berada di tengah-tengah, bahasa Malaysia di atas dan bahasa Inggeris secara melengkung atau bulat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Ia akan menjimatkan kos bagi membuat papan tanda, katanya. Roshidi berkata MBI akan berbincang dengan mana-mana pemaju swasta sekiranya kerajaan negeri melakukan pendekatan baru supaya mana-mana projek di bandar raya ini dinamakan dengan bahasa kebangsaan.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");