Kolumnis

N.Surendran Ajak Rakyat Perangi Tentera Malaysia

N.Surendran, Naib Presiden PKR adalah orang yang paling banyak mulut. Kalau Shamsul Iskandar Mohd Akin, si pengecut yang berlagak berani tetapi terkencing dalam seluar, N.Surendran pula adalah peguam yang cuba berlagak pandai dan sentiasa menyatakan apa-apa sahaja tindakan pihak berkuasa dan pihak keselamatan sebagai melanggar Perlembagaan Negara.

Entah Perlembagaan Negara mana yang dilanggar, hanya dia sahaja yang tahu. N.Surendran sentiasa cuba menggambarkan pihak berkuasa sebagai pihak yang bodoh, tidak sensitif dan sentiasa bertindak mengikut kehendak serta telunjuk UMNO. Hebat benar UMNO-BN pada pandangan N.Surendran sehingga UMNO boleh masuk ke semua tempat termasuklah menguasai Istana Negara dan institusi raja-raja Melayu di seluruh negara.

MALAYSIAKINI cuba menggambarkan latihan tentera dan polis sebagai usaha menakut-nakutkan rakyat Malaysia. Itu adalah helah portal yang sememangnya sangat memerangi ketenteraman dan sentiasa cuba mewujudkan ketidaktentuan dalam negara.

Dan inilah juga yang digunakan oleh N.Surendran yang bodoh itu untuk memanjangkan persepsi kepada para penyokong bahawa angkatan tentera Malaysia dan polis akan membuta tuli membunuh rakyat Malaysia. Walhal dalam sejarah negara, kedua-dua pasukan inilah yang telah memperjudikan nyawa dan keselamatan mereka demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Berbanding N.Surendran dan ahli keluarganya, berapa ramai agaknya anggota tentera Melayu yang telah mengorbankan diri untuk N.Surendran dan mak bapa serta datuk neneknya. Adalah dipercayai N.Surendran adalah generasi ketiga pendatang ke Tanah Melayu yang diberikan taraf kewarganegaraan!

Sikap permusuhan yang ditunjukkan oleh Naib Presiden PKR ini terhadap agensi keselamatan negara dengan MEMBUAT CERITA BOHONG tentang Perlembagaan yang konon-kononnya dilanggar oleh pihak keselamatan, sebenarnya mengundang bahaya yang sangat besar kepada keselamatan negara ini. Seharusnya orang seperti N.Surendran diajar tentang keselamatan negara. Keselamatan negara bukanlah seperti kes-kes yang dibelanya di mahkamah yang sangat bergantung kepada putar belit dan kefasihan lidah seorang peguam sepertinya.

Anak India ini sebenarnya sedang mengundang masalah yang lebih besar, sama ada kepada dirinya mahupun kepada rakyat Malaysia. Daripada seruan yang dibuatnya, ternyata dia sangat memusuhi pihak keselamatan negara. Selagi boleh dia tidak mahu melihat pihak keselamatan negara menguatkuasakan langkah-langkah pencegahan. Malahan mana-mana penjenayah yang ditumpaskan oleh pihak keselamatan perlu dibela, sepertimana dia terlibat dalam pembelaan Kugan!

Tiada tolak ansur sebenarnya kepada Naib Presiden PKR itu atau mana-mana pihak yang cuba memperolok-olokkan keselamatan negara. Dalam apa-apa juga keadaan, keselamatan negara perlu dipertahankan AT ALL COST!!!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");