Sukan Hari Ini

Pengurus bolasepak Perak lepaskan jawatan

IPOH – Perak gagal memungut sebarang mata mengakhiri saingan Liga Super 2011 di tangga ke enam setelah mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Selangor di Stadium Perak, malam semalam.

Keputusan berkenaan sekaligus menempatkan Perak di tangga keenam liga setelah mencatat 10 kemenangan, 10 seri dan tewas enam kali di sepanjang saingan liga berkenaan.

Keputusan berkenaan sekaligus menyaksikan Perak gagal menepati matlamat untuk muncul sebagai antara lima pasukan terbaik sebagaimana yang disasarkan pada awal musim.

Menurut janji yang dibuat oleh pengurus pasukan iaitu Saudara Khairul Azwan Dato Harun jika pasukannya Perak gagal mendapat Top Five beliau akan meletakkan jawatan.

Walaupun hari ini beliau telah melepaskan jawatan sebagai pengurus pasukan  tetapi tindakan beliau melantik  Ahmad Shahrul Azhar bekas pemain Perak sebagai penggantinya adalah tidak bijak dan kurang tepat. Apakah Azwan mempunyai kuasa untuk melantik penggantinya?

Azwan Bro sepatutnya hanya menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Presiden PAFA Dato Zainol Padzi Paharudin dan tentang pengurus pasukan biarlah Presiden dan exco yang menentukannya, bukan Azwan.

Malang bertimpa buat Azwan. Baru baru ini beliau melepaskan jawatan sebagai CEO Yayasan Bina Upaya yang diterajuinya hampir dua tahun sejak penubuhannya. Alasan yang diberikan ialah untuk menumpukan perhatian kepada politik setelah Khairy Jamaluddin melantik beliau sebagai Ketua Umno Perak.

Bagaimanapun pada 12 Januari lalu, Dewan Pemuda Pas Perak telah mendesak beliau melepaskan jawatan dalam YBU dan minggu lepas telah menjadi kenyataan. Apakah Azwan tertekan dengan desakan dewan pemuda Pas Perak?

Bagaimana pula kedudukan beliau dalam Perak News, adakah beliau akan meletakkan jawatan? Hari ini kita sedia maklum bahawa Perak News juga kurang menyerlah dan jumlah pembaca semakin menurun. Ia amat berbeza semasa Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar dahulu.

Alexa traffic ranking meletakkan Perak News berada di tangga 19, 914 Malaysia dan jauh di belakang Perak Today yang berada di ranking 1, 172 Malaysia.

Apakah Azwan juga akan melepaskan jawatan dalam Perak News? sama-sama kita tunggu. Harapan TM ialah agar Azwan berjaya dalam politik dan jangan gagalkan politik Perak seperti mana  kegagalan bola sepak Perak.– Dipetik dari Taipingmali

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");