Perak Hari Ini
Like

Perak Akhiri Liga Super Di Tangga Keenam

July 7, 2011
509 Views
1 Comments
2 minutes read
Perak Akhiri Liga Super Di Tangga Keenam

IPOH – Perak gagal memungut sebarang mata mengakhiri saingan Liga Super 2011 di tangga ke enam setelah mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Selangor di Stadium Perak, malam semalam.

Keputusan berkenaan sekaligus menempatkan Perak di tangga keenam liga setelah mencatat 10 kemenangan, 10 seri dan tewas enam kali di sepanjang saingan liga berkenaan.

Keputusan berkenaan sekaligus menyaksikan Perak gagal menepati matlamat untuk muncul sebagai antara lima pasukan terbaik sebagaimana yang disasarkan pada awal musim.

Perlawanan semalam bermula seimbang dengan menyaksikan kedua-dua pasukan saling mengasak ke kubu masing-masing bagi mencari gol pembukaan.

Bagaimanapun, benteng kedua-dua pasukan cemerlang menyerap semua asakan selain dibantu dengan aksi cemerlang kedua-dua penjaga gawang masing-masing.

Selangor nyaris membuka jaringan pada minit ke-34 menerusi percubaan, Amirul Hadi Zainal yang berjaya meloloskan diri daripada kawalan pertahanan Perak.

Namun, rembatan deras pemain kebangsaan itu sekadar menggegar tiang gol Perak dan melantun keluar.

Peluang terbaik Perak bagi menjaringkan gol pendahuluan pada minit kecederaan separuh masa pertama hasil sepakan percuma Mohd Noor Hazrul Mustaffa yang sekadar menggegarkan palang gol.

Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan semakin menggandakan asakan dengan beberapa serangan merbahaya ke kubu lawan masing-masing.

Penyerang muda Perak, Mohd Shazuan Asyraff hampir menggamatkan stadium apabila secara berseorangan berjaya melarikan bola ke dalam kawasan penalti Selangor.

Namun rembatannya berjaya ditampan penjaga gawang, Mohd Iqbal Suhaimi biarpun hanya berdepan satu sama satu dengan bekas penjaga gol Pahang itu.

Shazuan sekali lagi berpeluang menjaringkan gol pada minit ke-43, namun rembatan derasnya tidak tepat ke sasaran biarpun pintu gol terbuka luas.

Kedua-dua pasukan dilihat semakin hebat mengasak di minit-minit akhir perlawanan, namun semua asakan itu hanya sia-sia bagi kedua-dua pasukan berkongsi satu mata bagi menutup sainga Liga Super musim 2011.

PERAK : Nasril Nourdin, Syazwan Roslan (Syahman Zainuddin), Hisyamuddin Shaari, Khairi Zainuddin, Mohd Noor Hazrul Mustaffa, Fazrul Hazli Kadri, Shahrul Nizam Mustapha (kapten), K.Nanthakumar, Muhd Nurridzuan Abu Hassan, Shafiq Jamal (Nazri Kamal), Mohd Shazuan Asyraff Mathews

SELANGOR : Mohd Iqbal Suhaimi, D.Surendran, Khairul Annuar Baharom, P.Gunalan, Asraruddin Putra Omar, Azidan Sarudin, Amirul Hadi Zainal, Syafiq Rahim (kapten), Amri Yahyah, Rudie Ramli (Hardi Jaafar), Fitri Shazwan

Komen & Pendapat

One Comment

Leave a Reply