Berita Hari Ini

Peranan profesor terhadap pembangunan negara

Najib berkata dalam menimba ilmu bagaimanapun politiking tidak harus menjadi sebahagian daripada budaya, dan politik di universiti harus berada di tahap minimum.

Beliau berkata bila kreativiti dan inovasi digariskan sebagai batuan asas baru strategi pembangunan negara, komuniti akademik khususnya Profesor menjadi komponen utama strategi dan juga dalam pelaksanaannya.

Beliau berkata ketika negara bergerak ke depan, Malaysia perlu bekerja keras bagi mempertingkat kapasiti aset pengetahuannya bagi mentransform masyarakat dan ekonomi.

“Hanya menerusi pengukuhan asas pengetahuan kita, sebuah negara seperti Malaysia dapat mengoptimum dan mencapai potensi kita

“Untuk berbuat demikian, adalah penting kita mempunyai struktur kekal bagi agensi seperti Majlis Profesor Negara. Saya harap Majlis Profesor Negara akan membantu kita dan memberi sumbangan ke arah pencapaian realisasi sepenuhnya,” ujar beliau.

Menyentuh hal lain, Perdana Menteri berkata merit dan kesaksamaan harus menjadi prinsip panduan asas dalam usaha kita di bidang pendidikan. Beliau berkata ketika dua perkara itu tidak mungkin dikompromi, mereka yang kurang upaya mendapatkan peluang dan kemudahan untuk belajar mesti dibantu berbuat demikian.
Oleh itu, kata beliau tidak perlu wujud tindakan mempolitikkan isu pendidikan dengan berlebihan di semua pihak. “Kerajaan akan menyediakan bantuan tidak kira pertimbangan etnik tetapi komuniti yang paling memerlukan bantuan secara automatik akan mendapat manfaatterbesar,” kata beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");