Kolumnis

12 umat Islam lebih dengar kata peguam kafir dari bantu JAIS..?

Amat mendukacitakan. Amat mengecewakan. Dan amat mengharu birukan keadaan. Itulah yang dapat saya sifatkan dengan keputusan 12 orang umat Islam yang terlibat dengan majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini. Mungkinkah mereka sudah di”beli” kembali oleh puak-puak Gereja kuffar laknatullah alaihim itu?

Menurut sumber terbaru yang saya terima hari ini, kesemua 12 orang saudara kita itu dikhabarkan enggan lagi memberikan kerjasama membantu siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenai insiden makan malam merangkap “berbuka puasa” di dalam gereja itu. Mereka memberikan alasan bahawa “peguam” mereka tidak membenarkan mereka berbuat sedemikian.

Hairan bin ajaib. Kita dikhabarkan selama ini oleh pihak gereja dan Kerajaan Pakatan Haram Negeri Selangor bahawa kesemua umat Islam, termasuk 12 orang yang menghadiri majlis itu, merupakan golongan yang kurang berkemampuan, miskin, dhaif, dan kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Difahamkan mereka itu semuanya dibawah paras kemiskinan tegar.

Kesemua 12 orang Islam itu juga sebelum ini digambarkan sebagai sudah berputus harap untuk meminta bantuan dari agensi Islam seperti pejabat zakat dan baitulmal, serta sudah tidak mahu lagi menghadap kerenah birokrasi agensi bantuan Kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan NGO Islam lain. Demikianlah susahnya keadaan dan kehidupan mereka itu, kononnya…

Namun tiba-tiba, mereka yang hidup serba kepayahan itu mampu pula mengupah “peguam” untuk mewakili mereka berhubung kes siasatan JAIS tersebut? Mana mereka dapat duit untuk membayar upah peguam itu? Setahu saya, untuk mengupah seorang peguam untuk seorang pelanggan, kosnya mencecah ribuan ringgit. Bayangkan pula untuk kesemua 12 orang itu? Banyak pula duit mereka? Dari mana sumbernya?

Menurut sumber yang saya perolehi, khidmat guaman kepada 12 orang saudara kita yang kurang berkemampuan itu dibiayai sepenuhnya oleh gereja terbabit. Merekalah yang menyediakan khidmat guaman tersebut. Jadi, tidak hairanlah jika saudara-saudara seagama kita ini kini mempunyai peguam sendiri memandangkan gereja Kristian itu memang banyak duit!

Persoalannya, mengapa pula gereja itu sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk menyediakan khidmat guaman kepada 12 orang umat Islam itu? Mengapa pula langkah pertama yang dibuat oleh peguam itu ialah menyekat mereka untuk pergi ke JAIS, memberikan keterangan dan membantu siasatan agensi agama Islam di Selangor itu? Apa muslihat mereka untuk menjauhkan 12 umat Islam itu dari JAIS?

Saya fikir, mungkin pihak yang menaja saudara-saudara kita itu takut “rahsia” mereka terbongkar pada JAIS. Saya berpendapat, mungkin ada banyak fakta yang 12 saudara-saudara kita ini tahu tentang gerakan rahsia mereka dan mereka tidak mahu cerita mengenainya bocor ke tangan JAIS. Kononnya mereka mengupah peguam itu untuk melindungi 12 umat Islam itu, padahal mungkin mereka cuba melindungi rahsia mereka dari didedahkan!

Pada saya, semua ini soal aqidah umat Islam yang perlu diselamatkan. Perkara ini tidak ada kena mengena dengan pihak luar, sama ada gereja itu, peguam itu atau Kristian sendiri. Perkara ini adalah soal umat Islam, penguasa hal ehwal agama Islam dan aqidah umat Islam di Malaysia. Untuk itu, mereka yang tidak ada kena mengena dengan perkara ini, usah campur tangan.

Saya fikir, mungkin ada pihak yang cuba menyembunyikan kebenaran dari dibongkar oleh JAIS. Sebagaimana kita tahu, Ketua Tertinggi Agama Islam di Negeri Selangor adalah DYMM Sultan Selangor. Dan sudah tentulah juga laporan JAIS itu akan sampai ke tangan DYMM Sultan Selangor. Jika laporan itu mendedahkan cubaa kotor dan gerakan yang memurkakan Baginda, nescaya, habislah Gereja di Petaling Jaya itu. Silap-silap diharamkan menjejakkan kaki di tanah Selangor!

Seperkara lagi, saya merayu kepada 12 saudara kita itu agar kembali bekerjasama dengan JAIS dan lupakanlah peguam itu. Ini soal aqidah. Saya pasti, sekiranya 12 saudara kita itu dihisab di depan Allah kelak, apakah mereka fikir peguam itu akan muncul untuk membela mereka dan memberikan hujah-hujah bodoh dangkal pada masa itu? Jangan haraplah! Silap-silap peguam itu jauh terbenam di neraka paling bawah sekali!

Justeru itu, saya menggesa kesemua saudara kita itu agar pergi ke JAIS untuk memberi keterangan dan membantu siasatan JAIS. Yang sudah tu sudahlah. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Kembalilah ke jalan yang diredhai Allah. Sesat jalan, kembalilah ke pangkalnya. Semoga Allah memberikan petunjuk terbaik untuk saudara-saudara seagama kita itu. Allahu Akbar..!!!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");