Perak Hari Ini

3 pegawai imigresen dibebas petang ini, 5 menyusul Jumaat ini

Tiga daripada lapan pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 akan dibebaskan kira-kira jam 7 petang ini.

Ketiga-tiga mereka termasuk seorang wanita berusia lingkungan 30-an mengakui menyesal dengan perbuatan mereka yang bersubahat dalam kegiatan sindiket penyeludupan warga asing sehingga menjejaskan keselamatan negara.

Berita pembebasan mereka itu diketahui masing-masing pada jam 12.30 tengahari tadi apabila Pegawai Khas Bahagian Pemulihan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Pirdaus Ismail membawa dokumen pelepasan ketiga-tiga tahanan itu.

Lima lagi tahanan yang terbabit dalam kes sama akan dibebaskan Jumaat ini.

Sementara itu, seorang tahanan ISA yang ditemui memanjatkan rasa syukur di atas pembebasannya yang disifatkan sebagai berkat bulan Ramadhan.

Katanya, sepanjang tempoh lapan bulan di Tempat Tahanan Perlindungan Taiping, beliau dan rakan-rakannya diberi layanan baik.

Beliau yang berusia lingkungan 20an menyatakan rasa insaf di atas perbuatannya yang boleh mengancam keselamatan negara.

“Saya berharap kejadian yang menimpa saya ini menjadi iktibar kepada pegawai lain di luar sana agar menjalankan tugas mereka dengan penuh integriti.

“ISA perlu dikekalkan sebagai usaha pencegahan terhadap mana-mana pihak yang didapati  mengancam keselamatan negara,” katanya lagi.

Turut dibebaskan hari ini seorang tahanan wanita berusia lingkungan 30an yang kelihatan hiba di atas pembebasannya dan berikrar mahu memulakan hidup baru selepas  bebas daripada tahanan.

“Kejadian ini adalah pengajaran paling bermakna dalam hidup saya dan bersyukur di atas pembebasan ini yang  dipersetujui oleh Menteri KDN, Datuk Hishamuddin Husin,” katanya.

Bekas pegawai kanan imigresen berusia lingkungan 40an, berkata selain menerima layanan baik termasuk diberi kebenaran berjumpa dengan ahli keluarga, dia juga mengikuti program pemulihan dan motivasi untuk meneruskan kehidupan selepas dibebaskan nanti.

Beliau yang berhasrat menceburi bidang keusahawanan selepas dibebaskan berkata, dia menyesal di atas perbuatan yang dilakukannya dan tidak mahu pegawai lain terjebak dengan perbuatan itu yang boleh menggugat keselamatan negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");