Perak Hari Ini

49 penduduk terima kunci rumah baru

Ketibaan Ramadhan tahun ini pastinya lebih bermakna buat 49 penduduk kampung dalam Parlimen Pasir Salak apabila menerima kunci rumah baru yang lebih selesa atas ihsan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan(YBUDR).

Rata-rata penerima dalam kalangan golongan sasar YBUDR seperti ibu tunggal, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang diperoleh dari senarai E-kasih, nyata terharu apabila menerima kunci rumah  yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manik merangkap Exco Kerajaan Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin pada majlis yang diadakan di Dewan Orang Ramai, Chikus.

Hadir sama, Ketua Eksekutif YBUDR, Datuk Zainal Abidin Omar dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun.

Kos pembinaan yang membabitkan nilai hampir RM1.33 juta, menyaksikan sebahagian besar rumah bantuan telah siap dibina, manakala sebahagian lagi masih dalam pembinaan dan dijangka siap selewat-lewatnya sebelum Aidilfitri ini.

Zainol Fadzi berkata, bantuan itu diberikan kepada mereka yang benar-benar layak tanpa mengira latar belakang politik.

“ Kita buat program, buat projek tidak berdasarkan kepentingan politik semata-mata. Ini sebagai tanggung jawab kerajaan negeri, dan ianya berterusan dan konsisten,“ kata beliau ketika ditemui pemberita di sini, baru-baru ini.

Beliau membidas sikap pembangkang yang sering mendakwa Barisan Nasional (BN)  hanya mahu meraih sokongan penduduk, setiap kali mereka menerima bantuan daripada kerajaan.

Bagi penerima yang ditemui, hanya kata-kata yang mampu menterjemahkan perasaan gembira itu.

“Saya sangat bersyukur dan terima kasih kepada pihak yang bagi bantuan ini kepada saya,” kata Hamsiah Ahmad ,48, dari Kampung Kota Setia, Kampung Gajah.

Seorang lagi penerima, Othman Ahmad, 73, dari Chenderong Balai, berkata kerajaan sangat prihatin dengan nasib golongan sepertinya.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan BN kerana membantu saya mendapatkan rumah yang selesa untuk saya dan keluarga saya,” katanya.

Satu-satunya penerima OKU, Satiyah Osman 58, dari Kampung Teluk, Kampung Gajah pula berkata, dia amat bersyukur kerana Syawal ini bakal disambut di kediaman yang baru.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");