Kolumnis

Aktiviti “gelap” DAP akan terbongkar..???

Hari ini, Zairil “yang mengaku anak kepada Tan Sri Khir Johari” membuat laporan polis mengenai tayangan video di Youtube yang bertajuk “Sembang Rakyat – Kedai 1Malaysia”. Zairil merupakan pegawai pencacai kepada “Khalifah” Pas Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Bapa Lim Guan Eng iaitu Lim Kit Siang turut menyelar video Youtube yang di”upload”kan oleh seorang yang menggunakan nama samaran “Kawasaki9722”.

Puak-puak DAP ini memprotes video tersebut. Mereka mendakwa video itu berbau perkauman atau “racist”. Menurut mereka, video tersebut juga telah menuduh DAP sebagai punca kenaikan harga barang di negara ini melalui penguasaan tauke-tauke Cina yang menyokong dan condong ke arah parti itu sekarang.

Saya sendiri sudah menonton video yang dimaksudkan itu. Memang benar, dalam video tersebut, seorang pelakon berbangsa Cina mendedahkan kepada rakan-rakannya bahawa tauke-tauke ini berkerjasama dengan DAP yang menyuruh mereka untuk menaikkan harga barang terus menerus sehingga rakyat marah dan menuduh Barisan Nasional sebagai penyebab kenaikkan harga barang tersebut.

Menurut pelakon Cina itu, kaum Cina menguasai sumber pasaran barangan di negara ini telah menerima arahan sebegitu dari DAP untuk mensabotaj Kerajaan BN. Mereka akan mengaut keuntungan dua kali ganda sekiranya mereka berhasil menumbangkan BN dan menawan Putrajaya. Satu imbuhan yang mampu membuat tauke-tauke ini “seronok” untuk menaikkan harga barang. Itu salah satu plot utama video tersebut.

Persoalannya, benarkah fakta yang pelakon Cina itu katakan? Benarkah DAP dengan kerjasama tauke-tauke Cina di seluruh negara bekerjasama menaikkan harga barang untuk membuat rakyat marah kepada BN? Benarkah DAP adalah dalang di sebalik kenaikkan harga barang ini? Persoalan demi persoalan akan timbul sekiranya anda menonton video tersebut.

Perlu diingat di sini bahawa DAP, melalui balacinya, seorang Melayu “murtad” yang bernama Zairil telah membuat laporan polis. Satu laporan juga telah dibuat oleh Zairil kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai video milik “Kawasaki9722” itu. Perkara ini sudah menjadi kes polis dan siasatan secara serius perlu dilakukan mengenainya.

Selepas ini, polis tentunya akan mengorek fakta dan kebenaran dakwaan sebagaimana yang dikandungkan oleh Youtube tersebut. Polis yang terkenal dengan agen risikan, pasukan cawangan khas dan pelbagai taktik siasatan, mampu mengorek rahsia di sebalik kebenaran video itu. Paling ditunggu-tunggu ialah apabila PDRM mengumumkan hasil siasatan mengenai kes ini kelak!

Jangan terkejut sekiranya siasatan polis mengesahkan dan menegaskan bahawa fakta di dalam video itu benar! Jangan pula DAP marah sekiranya tauke-tauke yang membela mereka selama ini di”kantoi”kan dan didedahkan dikhalayak umum! Jangan pula DAP menuduh PDRM membuat satu konspirasi terhadap reputasi DAP di mata rakyat! Dan jangan pula DAP merah padam mukanya apabila hasil siasatan membongkarkan rahsia “gelap” DAP yang tidak diketahui umum.

Begitu juga dengan SKMM. SKMM akan cuba mencari “Kawasaki9722” dan akan cuba sedaya upaya untuk mengesan pelakon-pelakon video “Sembang Rakyat – Kedai 1Malaysia” itu. Sekiranya mereka ditemui SKMM, sudah tentu mereka akan dipanggil untuk soal siasat dan keterangan mereka diambil. Kemudian, sudah tentu pihak berkuasa pula akan menyiasat kebenarang dakwaan dalam video selama lapan minit itu!

Jangan marah sekiranya SKMM mendapat fakta video itu berasas dan berbukti. Jangan meraung pula sekiranya semua pergerakan “ganster-gangster” DAP, ahli kumpulan kongsi gelap, dewan perniaagaan Cina dan sebagainya dibongkarkan pula rahsia mereka. Ini semua salah DAP juga. Memandangkan laporan polis dan SKMM sudah dibuat, pihak berkuasa tidak boleh menghentikan siasatan mereka.

Justeru itu, saya menjangkakan pendedaha demi pendedahan akan berlaku di dalam siasatan mengenai video itu. Sama ada DAP akan terlondeh atau dilondehkan oleh siasatan itu, kita serahkan kepada PDRM dan SKMM untul menyiasat. Sekiranya tidak benar, maka bolehlah mereka yang terlibat dengan video itu didakwa. Itu pun belum tentu bersalah…

Tapi, kalau didapati video tersebut memaparkan fakta tentang kisah “gerakan gelap” DAP di sebalik tabir, jangan pula melenting tak tentu pasal dan menuduh itu ini kepada PDRM dan SKMM pula! Terima sajalah, seadanya. Sudah memang DAP begitu. Jadi, apa yang nak dihairankan? Cuma saya akan pastikan DAP kalah teruk pada PRU 13 nanti..cukuplah! Tahulah rakyat mengajar DAP nanti. Dah banyak dah sabar dengan DAP selama ni…

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");