Isu Panas

Apa lagi alasan Anwar untuk tangguhkan perbicaraan esok?

Esok pagi, sepatutnya Anwar akan membela diri di atas dakwaan meliwat bekas BUDAK PEMBANCUH KOPInya, Saiful Bukhari Azlan. Bagaimanapun, berdasarkan daripada situasi semasa, perbicaraan tidak mungkin akan dapat dijalankan seperti biasa.

Rakyat Malaysia tidak lagi tertunggu-tunggu dengan perjalanan perbicaraan tersebut, sebaliknya sedang menanti untuk melihat apa lagi helah yang akan digunakan oleh Anwar Ibrahim dengan bantuan barisan peguambela mahalnya untuk menangguhkan perbicaraan ini.

Perlu diingat, pembentangan yang dilakukan oleh pihak pendakwaraya sebelum ini ‘diganggu’ dengan pelbagai ulah dan onar Anwar serta peguambelanya. Antara kelibat helah yang digunakan adalah usaha untuk menggugurkan hakim, bahkan pada satu peringkat, Anwar dan para peguambelanya melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan iaitu mendesak agar barisan peguambela digugurkan!

Sekarang adalah masanya untuk Anwar memberikan keterangan untuk membela diri. Namun ramai yang menjangkakan, Anwar tidak akan membela diri sebagaimana yang diperlukan, sebaliknya Anwar Ibrahim akan berdalih lagi.

Besar kemungkinan DALIH UTAMA yang akan digunakan untuk menangguhkan pembelaan diri Anwar ialah keengganan kelima-lima orang ‘saksi’ yang diperlukannya iaitu Perdana Menteri, isteri Perdana Menteri, Musa Hasan, SAC II Rodwan dan Hasanuddin. Walaupun kelima-lima mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perbicaraannya, Anwar memerlukan isu tersebut untuk terus hidup bebas.

Jadi, besar kemungkinan juga, perbicaraan esok akan ditunda lagi ke suatu tarikh yang ‘akan ditentukan kelak’.

Sumber: The Flying Kick

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");