Isu Panas

Apakah pembunuhan Dr Rohani mirip kepada pembunuhan Sosilawati ?


Hari ini negara dikejutkan dengan berita kematian seorang pegawai kanan kerajaan. Timbalan Pengarah Jabatan Veterinar Negeri Perak maut di cekik di Lakeside Apartmen Tambun Ipoh.

JIRAN menunjukkan dimana mayat Timbalan Pengarah Jabatan Veterinar Perak, Dr Rohani Kasim (gambar kecil), ditemui di tangga apartmennya, Permai Lakeview, di The Haven, dekat Tambun,

Jenazah Dr Rohani Kassim dikebumikan di Kampung Parit Haji Ali, Bagan Serai, petang ini.  Beliau pernah kerugian RM15,000 apabila rumahnya dipecah masuk dua minggu lalu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dalam kenyataan akhbar memberitahu kerajaan negeri menyumbang sebanyak RM8,000 kepada keluarga Allahyarham Rohani.’

Apakah motif pembunuhan sebenarnya. Jika dirompak mengapa mayatnya dijumpai oleh jiran di tangga kondo. Bahagian tangga biasanya digunakan apabila berlaku kecemasan sahaja.

Banyak persoalan yang perlu disiasat. Jika berlaku rompakan dan penjenayah terpaksa membunuh mangsa, ia akan dilakukan didalam rumah. Mangsa mungkin dihentak dengan benda keras atau mangsa ditembak menggunakan pistol atau ditikam dengan objek keras dan tajam.

Kediaman mewah semestinya mempunyai CCTV yang akan merakam dan mengesan kenderaan yang keluar masuk ke kawasan tersebut.

Apakah pembunuhan ini mempunyai kaitan dengan tugas beliau. memandangkan Dr Rohani Kasim adalah orang yang bertanggung jawab terhadap industri verterinar negeri Perak.

Apakah beliau seorang doktor atau pengarah yang tegas dan sukar bertolak ansur apabila berdepan dengan  pelanggan?

Buku log beliau dan buku log jabatan di negeri dan daerah perlu disiasat untuk rewind balik, apa yang berlaku sebenarnya dalam tempoh sebulan dua yang lalu.

Nampaknya makin banyak persoalan yang perlu disiasat oleh pihak polis dan TM yakin PDRM mampu menyelesaikan kes ini dalam masa terdekat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");