Berita Hari Ini
Like

Dr Mahathir Minta Peruncit Kecil-kecilan Di Malaysia Contohi Syarikat Peruncitan Besar

August 28, 2011
337 Views
0 Comments
1 minute read
Dr Mahathir Minta Peruncit Kecil-kecilan Di Malaysia Contohi Syarikat Peruncitan Besar

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) — Peruncit kecil-kecilan d Malaysia seharusnya mencontohi syarikat peruncitan besar di dunia dalam penggunaan cara yang bersistematik untuk menjual produk, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata antara kaedah itu termasuk menyusun produk mengikut kategori seperti yang dilaksanakan di hipermarket, bagi memudahkan pelanggan mencari barangan yang mereka kehendaki.

Dr Mahathir berkata ini serupa dengan sebuah perpustakaan apabila pengunjungnya tahu tempat untuk mencari bahan rujukan berdasarkan sistem pengekodan.

“Jadi, peruncit kecil-kecilan di Malaysia perlu belajar daripada syarikat-syarikat besar. Mereka mungkin mewujudkan sebuah kedai kecil menggunakan cara yang bersistematik dalam menjual produk dan seterusnya mengembangkan perniagaan mereka,” katanya dalam syarahan bertajuk “Merealisasikan Wawasan 2020: Peranan dan Sumbangan Strategik Sektor Peruncitan” anjuran Tesco Malaysia di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata syarikat-syarikat harus memperkukuhkan strategi pasaran untuk mempromosikan produk mereka.

Pembungkusan adalah antara bidang yang perlu diteliti oleh syarikat pengeluar di Malaysia, kata Dr Mahathir.

“Di Jepun, mereka seringkali menghasilkan produk yang didatangkan dalam bungkusan berkualiti tinggi yang berwarna-warni serta sangat menarik. Harga bahan pembungkusan pula mungkin lebih mahal sedikit berbanding kandungannya sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir mempunyai keyakinan penuh terhadap masa depan bidang peruncitan di Malaysia berdasarkan pelbagai kaedah yang dilaksanakan untuk menjual produk.

“Beberapa jenama menunjukkan bahawa kaedah penghantaran dapat menyediakan pertumbuhan perniagaan yang positif,” katanya, mengambil contoh sebuah syarikat pizza yang akan menghantar sendiri sehingga ke pintu rumah pelanggan, sungguhpun lokasinya ialah di tingkat 20 sebuah apartmen.

Komen & Pendapat

Leave a Reply