Kolumnis

GARA-GARA DAP, PAS DAH JADI ROJAK PASEMBOR

Kemelut Gereja Methodist Damansara Utama dengan JAIS cuba disenyapkan oleh Pakatan Rakyat di Selangor. Pun begitu, sudah ada suara-suara sumbang DAP yang cuba mempertikaikan enakmen dan akta yang digunakan oleh JAIS untuk membuat pemeriksaan di premis yang disewa oleh Gereja Methodist Damansara Utama. Biarpun tidak secara ketara, tetapi sudah mula memancing bagi mendapatkan sokongan terutama dari kalangan mereka yang melihat JAIS sebagai ‘penjahat’ dan ‘pengacau’.

PAS telah memaksa kehadiran Hasan Ali di ibu pejabat parti tersebut di Jalan Raja Laut. PAS menerusi mulut Abdul Hadi Awang, Presidennya juga telah berkata, perkara Hasan Ali diserahkan kepada kerajaan negeri Selangor untuk tindakan selanjutnya. Abdul Hadi Awang juga berkata, mereka tidak boleh menerima laporan daripada Hasan Ali dan JAIS semata-mata, sebaliknya perlu mendapat penjelasan daripada gereja dahulu.

Masalahnya ialah, daripada maklumat yang diberikan oleh ketiga-tiga pihak, pihak manakah yang akan memberi kesan kepada PAS? Adakah Hasan Ali? JAIS? Atau Gereja Methodist Damansara Utama?

Sebenarnya kalau benarlah PAS ingin menyelesaikan perkara ini, ia harus diserahkan kepada pihak berkuasa yang lebih pakar dan faqih tentang hal-hal perundangan. Di dalam PAS hanya ada pakar-pakar taik minyak, yang terlebih berpolitik berbanding ilmu. Hadamnya ilmu di dalam PAS hanyalah untuk menjatuhkan UMNO-BN sahaja. Selain daripada itu, PAS tidak pernah pandai walaupun untuk menyusun antara alif dengan ba, yang mana datang dahulu.

Sebaliknya, tindakan yang dilakukan oleh PAS tidak lebih daripada usaha untuk melindungi rakan Pakatan Rakyat mereka yang lebih utama iaitu DAP. PAS terlalu takut kehilangan undi bukan Islam pada PRU13 akan datang.

Setelah PAS menikmati sokongan yang tidak pernah dinikmatinya sepanjang parti itu ditubuhkan dari tahun 1951 sehingga 2008, PAS sudah mula ketakutan akan kembali seperti dahulu iaitu sebagai sebuah parti jumud yang bukan sahaja tolol dan bengong, tetapi juga terpaksa menempah api neraka, semata-mata untuk memenangi sebuah kerusi DUN yang paling cikai nilainya.

Harun Taib, Ketua Dewan Ulama yang sebelum ini bijak dan pandai mengait ayat-ayat al Quran, cerita-cerita dari kitab dan sebagainya, sudah menjadi SYAITAN BISU yang bukan sahaja bengkak otak, tetapi juga terkena barah tekak. Tidak ada langsung suara daripada Ketua Dewan Ulama yang akan bercakap tanpa henti dengan segala macam dalil dan hujah apabila memperkatakan tentang UMNO-BN.

Ketua Penerangan PAS yang baru, Tuan Ibrahim Tuan Man juga ibarat jantan yang sudah kehilangan telur. Tiada langsung suara dari mulutnya yang sangat fasih mengata, mencerca dan memperkecil-kecilkan UMNO kerana kononnya gagal melaksanakan ajaran Islam di negara ini. Apa yang berlaku dan menimpa Hasan Ali, tidak dilihat sebagai satu mudarat kepada umat, sebaliknya itu adalah bola lambung untuk UMNO-BN.

Justeru menjadi syaitan bisu adalah langkah terbaik, bukan sahaja untuk mengelak daripada kehilangan undi yang lebih besar daripada kaum bukan Islam, tetapi juga untuk menyelamatkan kedudukan dan jawatan yang sedang disandang sekarang.

Barangkali sekarang ini, Nik Abdul Aziz sedang menyelak-nyelak setiap helai mukasurat kitab misteri yang menjadi rujukannya selama ini. Belum bersuara dan mengulas, bermakna, belum lagilah dia bertemu dengan lembaran yang mengatakan tindakan Hasan Ali dan JAIS adalah salah.

Kecuali komen daripada anaknya yang mengatakan, Islam tidak pernah menyerang rumah ibadat seolah-olah tindakan yang dilakukan oleh JAIS mengikut empat enakmen syariah Selangor yang ditentang oleh DAP sebagai satu bentuk serangan dalam peperangan yang ingin memusnahkan Gereja Methodist di Damansara Utama.

Mungkin sesuatu yang cuba dilindungi oleh PAS ialah, kalau pemeriksaan di gereja Methodist yang pengikutnya tidaklah seramai mana di Malaysia sudah menimbulkan kegementaran yang bukan sedikit, bagaimana pula kalau pemeriksaan dan serbuan dijalankan ke atas Gereja Katholik? Tidakkah DAP akan melaksanakan hukuman ke atas PAS sepertimana rahib-rahib Yahudi melaksanakan hukuman ke atas Yehuda yang disangka Nabi Isa a.s dengan bantuan tentera Rom?

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");