Berita Hari Ini
Like

Kami tak kejar jadi calon – Puteri UMNO

August 25, 2011
118 Views
0 Comments
1 minute read
Kami tak kejar jadi calon – Puteri UMNO

Pergerakan Puteri UMNO sama sekali tidak mengejar untuk disandarkan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang sebaliknya mahu bekerja keras bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) yang menjadi keutamaan sayap UMNO itu, kata Naib Ketuanya, Shahanim Mohd Yusof.

Beliau berkata, hak memutuskan siapa untuk menjadi calon adalah hak mutlak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang lebih mengetahui siapa yang berhak untuk dicalonkan demi memastikan kemenangan BN itu.

“Bagi Puteri soal mahu menjadi calon (pada pilihan raya umum) langsung tidak timbul sebaliknya keutamaan kami mahu memastikan BN menang terutama di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang.

“Puteri tidak minta apa-apa pun kerana yang penting adalah membuat kerja terutama mencari seberapa ramai golongan muda mendaftar sebagai pemilih baru,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemberian Zakat Kepada Saudara Baru dan Pelancaran Tabung Kemanusiaan Somalia di sini, malam tadi. – Bernama

Komen & Pendapat

Leave a Reply