Kolumnis

Kes Liwat: Anwar mengganggu prosiding mahkamah


Temu bual dengan bekas IGP, Tan Sri Musa Hassan bagi kes liwat Anwar Ibrahim dibatal ekoran kehadiran Anwar ketika sesi temu bual itu berlangsung.

1997 Anwar terima surat-surat salahlaku seks  yang ditulis oleh Ummi Hafilda. Berita salahlaku Anwar tersebar dengan cepat dikalangan parti politik pembangkang iaitu Pas dan Dap.

Berikutkan kes itu, Mat Sabu melabelkan Anwar Aljubury, Lim Kit Siang pula mencabar Anwar dalam Dewan Rakyat.

Menyedari isu salah laku seks sudah tersebar, Anwar menghubungi Musa Hassan untuk menyiasat kes yang kononnya ada pihak cuba menfitnahnya.  Anwar ingin mempergunakan Musa Hassan kerana beliau adalah abang sulong kepada Dato Fuad Hassan (orang Anwar).

Hasil siasatan oleh Musa Hassan, ternyata ia bukan fitnah dan ada kes( prima facie). Ia menyebabkan Anwar mengarahkan Musa menghentikan siasat sehinggalah tercetaknya buku 50 dalil ‘kenapa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.’

Bahan yang menjadi rujukan adalah dari sampah yang dibuang oleh Tun Mahathir.

1998 menyaksikan Anwar menulis beberapa naskah surat tulisan tangan dan bertaip kepada Tun Mahathir menafikan tuduhan fitnah.

Anwar lupa bahawa Tun Mahathir walaupun menolak tuduhan awal oleh Ummi akhirnya cuba menyiasat sendiri, apa yang telah disiasat oleh Musa Hassan.

Akhirnya setelah Tun berpuas hati dengan temu bual dengan beberapa mangsa Anwar akhirnya berita Anwar akan melepaskan jawatan TPM tersebar di media.

Surat-surat penafian Anwar mula tersebar disetiap negeri dan kampung. Inilah kebijaksanaan Anwar, dia tahu bahawa dia sudah terperangkap dan awal-awal lagi beliau mengumpulkan kekuatan dibawah melalui BTN, ABIM, Persatuan mahasiswa universiti dan sebilanagn GLC yang mana CEO dilantik daripada konco atau kroni Anwar.

Dalam kes Liwat Anwar – Saiful, Musa Hassan telah menjadi Ketua Polis Negara setelah mengambil alih tugas daripada  Tan Sri Mohamed Bakri Omar mulai September 2006.

Jika diikutkan Tan Sri tidak ada kena mengena dengan kes liwat.

Masih ingat kes mata lebam?

Anwar juga patut berterima kasih kepada Musa Hassan kerana beliau lah yang mengarahkan Anwar membuat report polis selepas Musa mengesan bahawa mata Anwar lebam bekas pukulan.

Hasil siasatan Tan Sri Rahim Noor telah dipenjara selama sebulan kerana didapati bersalah oleh mahkamah.

Anwar, sebenarnya sakit hati terhadap Tan Sri Musa kerana beliau menjalankan tugas dengan betul dan tidak menyebelahi Anwar, malah Musa juga memberi amaran kepada Fuad Hassan supaya tidak mengganggu tugas beliau.

Anwar sebelum ini memang sudah bagi makan terutama unit cawangan khas, buktinya lihat sikap Dato Mat Zain Ibrahim yang sudah pencen tetapi tetap setia kepada Anwar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");