Kolumnis

Kolumnis Haramkah Daily “spin” titah Raja Nazrin…!!!

Kolumnis Haramkah Daily, Rashidi Hassan tanpa rasa bersalah cuba melakukan “spin” terhadap kenyataan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah, yang bertitah di UiTM baru-baru ini. Baca di sini.

Yang peliknya, dalam titah Raja Nazrin, tidak ada satu kalimah pun yang berkait atau berbunyi “UMNO”. Namun, mengapa dia cuba “spin” dengan meletakkan tajuk “Raja-Raja usah dengar cakap UMNO saja”? Apa kena mengena UMNO dengan titah Raja Nazrin tersebut?

Sebenarnya, Rashidi cuba “mengajar” Raja-Raja Melayu. Dia cuba merendah-rendahkan kreadibiliti Raja-Raja seolah-olah institusi Kesultanan Melayu negara ini hanya mendengar kata UMNO sahaja. Sedangkan, apa yang berlaku tidaklah sebagaimana yang ditulis Rashidi. Apa Rashidi fikir Raja-Raja Melayu bodoh sepertinya?

Memang benar apa yang dititahkan oleh Raja Nazrin bahawa Raja-Raja wajib memiliki kumpulan penasihat yang jujur lagi ikhlas, kumpulan penasihat yang peka kepada denyut jantung dan denyut nadi warga, kumpulan penasihat yang tegas lagi berani menyatakan yang benar. Daulat Tuanku. Benarlah titah Tuanku tersebut.

Namun malangnya, titah Raja Nazrin tersebut tidak langsung menyebut UMNO, Pas, PKR atau mana-mana parti politik. Sebagai sebuah institusi bebas politik, Raja-Raja Melayu tidak pernah mendengar kata UMNO sahaja. Institusi Raja-Raja mempunyai badan penasihat bebas sendiri. Malah, Raja-Raja juga mempunyai mufti Kerajaan negeri masing-masing untuk memberi nasihat.

Jadi, tidak timbul langsung isu “Raja-Raja dengar cakap UMNO” atau tidak sebagaimana yang ditajukkan oleh Rashidi. Artikel Rashidi tersebut jelas memutar belit titah DYMM Raja Nazrin Syah. Ampun Tuanku.

Sewajarnya, Rashidi tidak mengaitkan titah Raja Nazrin atau institusi DiRaja negara ini dengan mana-mana fahaman politik. Rashidi kena hormat status Raja-Raja Melayu yang tidak menyebelahi mana-mana fahaman politik. Raja-Raja Melayu adalah “payung negara” yang menjadi simbol kedaulatan dan perpaduan negara.

Justeru itu, Rashidi tidak perlu mengajar Raja-Raja Melayu untuk bertindak. DYMM Sultan dan Raja Melayu tahu apa yang patut dan tidak patut untuk bertindak. Raja-Raja Melayu tahu peranan masing-masing. Usah Rashidi cuba ajar Raja-Raja Melayu!

Rashidi sepatutnya mengajar dirinya yang kurang ajar. Rashidi kurang ajar pada Raja-Raja Melayu, khususnya apabila cuba memutar belit titah Raja Nazrin Shah. Dia patut malu dan menarik balik artikel tidak berasasnya itu.

Rashidi bukan penasihat DiRaja. Dia perlu nasihatkan pemimpin-pemimpin Pas seperti Mat Sabu supaya tidak menipu lagi, terutamanya di bulan puasa Ramadhan Al-Mubarak ini. Sedar atau tidak, Editorial Haramkah Daily juga sepatutnya memeriksa dahulu artikel kolumnisnya yang jelas kurang ajar..!!! Apa Haramkah Daily cuba nak jadi penderhaka?

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");