Perak Hari Ini

LAP untung lebih RM54 juta bagi tempoh Januari-Jun 2011: DS Zambry

Lembaga Air Perak (LAP) terus mencatatkan prestasi baik dengan keuntungan sebelum cukai meningkat kepada RM54.16 juta bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ia meningkat RM1.04 juta atau 2 peratus berbanding RM53.12 juta bagi tempoh sama pada 2010.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, peningkatan itu menunjukkan prestasi konsisten pembekal air negeri tersebut selain kecekapan pengurusannya.

“LAP telah mencatatkan jualan air sebanyak RM135.01 juta sehingga 30 Jun berbanding RM134.40 bagi tempoh sama pada tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak RM0.61 juta bersamaan dengan 0.5 peratus.

“Pendapatan lain sehingga 30 Jun lalu adalah sebanyak RM25.70 juta berbanding RM16.26 juta bagi tempoh sama tahun 2010, iaitu naik sebanyak RM9.44 juta atau 58.1 peratus,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat LAP, di Ipoh hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi LAP, berkata, sejak diperkenalkan empat tahun lalu, sebanyak 9,069 keluarga di Perak mendapat manfaat menerusi skim subsidi air yang disalurkan kepada rakyat miskin yang mendapat bantuan bulanan daripada tiga agensi kerajaan.

Katanya, tiga agensi itu ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Perak dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.

“Sehingga 3 Ogos lalu, kita telah membelanjakan RM2,085,750.50 bagi melaksanakan bantuan subsidi kepada golongan miskin di Perak sebagai memenuhi tanggungjawab sosial korporat LAP.

“Daripada keseluruhan penerima itu, 6,845 adalah keluarga miskin yang mendapat bantuan daripada JKM, Maipk (1,059)  dan JHEOA (715).

“Selain itu, kita juga akan melaksanakan pemasangan paip ke rumah membabitkan 51 projek melalui fasa 2 yang kini sedang berjalan yang membabitkan kos RM3.8 juta.

“Pada fasa pertama, kita berjaya menyiapkan projek sama membabitkan 47 kampung di seluruh Perak,” katanya.

Jelasnya, pemasangan paip di kampung tradisional yang terletak di kawasan pedalaman dapat membantu rakyat luar bandar di negeri itu menikmati bekalan air bersih yang sempurna.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");