Perak Hari Ini

MB beri sumbangan kepada kakitangan SUK dan pengamal media

Ramadhan kali ini lebih bererti buat kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan dan pengamal media di negeri Perak apabila menerima sumbangan daripada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Sumbangan yang diberikan khas bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan kerajaan serta pengamal media dengan pemimpin tertinggi negeri.

Susulan dari itu, lebih seribu sumbangan disampaikan oleh Zambry sendiri kepada lebih 14 wakil jabatan dan 12 diserahkan kepada pengamal media pagi tadi di pejabatnya.

Disamping menghargai pengorbanan kakitangan kerajaan negeri, pemberian sumbangan Telekung, Kain Pelekat, Sejadah dan Kurma itu juga dilihat memberi kegembiraan kepada mereka.

Salah seorang yang ditemui, Suzi Yasmin Ahmad Safian, memberitahu sumbangan itu disifatkan sebagai satu penghargaan istimewa yang diberikan oleh Menteri Besar.

Selain itu, dia juga berbesar hati kerana kerajaan negeri mempunyai initiatif yang sangat kreatif seperti pemberian sumbangan berkenaan semenjak pentadbiran Perak diketuai Zambry,

“Terima kasih kepada Dato’ Seri di atas sumbangan yang diberikan ini..so ini merupakan kali kedua saya rasa untuk bulan Ramadhan.

Turut gembira dengan pemberian itu, bagi Yazid Abdul Hadi suasana Ramadhan kali dirasakan lebih meriah apabila mendapat sumbangan khas dari Menteri Besar.

Katanya, sebagai kakitangan awam, pemberian itu adalah satu penghargaan istimewa yang diberikan oleh pemimpin tertinggi negeri kepada pekerja biasa.

“Bukan senang kita nak dapat seorang pemimpin yang sudi memberikan sumbangan kepada ribuan pekerja nya… jadi hari ini kami bersyukur dan berterima kasih kepada Menteri Besar kerana sudi memberi beg sumbangan ini.

Dalam pada itu, kerajaan negeri juga tidak melupakan jasa pengamal media di Perak yang selama ini banyak membantu dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan.

Pemberian sumbangan itu juga sekaligus telah membuktikan keprihatinan pemimpin terhadap kakitangan bawahan dan para pengamal media di negeri tersebut.

Turut hadir Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");