Perak Hari Ini

Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Tanah Runtuh Di Cameron Highlands

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Cameron Highlands semalam.

Beliau urut menzahirkan rasa sedih dengan tragedi yang telah meragut tujuh nyawa termasuk empat wanita, demikian menurut satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri Isnin.

Dua lagi mangsa mengalami cedera parah dan sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Najib turut memuji kecekapan pasukan operasi mencari dan menyelamat yang mengambil masa lapan jam untuk mengeluarkan mangsa.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");