Kolumnis

NGO Islam adu pada DYMM Sultan, Khalid bertambah gagappp..!!!

Saya yakin, di saat ini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid “Gagap” sedang tergagap-gagap mencari buah fikiran untuk meredakan rentak jantungnya yang kian berdegup kencang. Mana tidaknya apabila hari ini, lebih 45 pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) bertindak mengadu kepada DYMM Sultan Selangor tentang perihal dirinya yang terang-terangan membela Paderi dan gereja di Selangor.

Sebanyak 45 NGO tersebut yang dipercayai terdiri dari mereka-mereka yang juga menyokong Pas, UMNO dan PKR, melupakan sentimen kepentingan politik peribadi masing-masing dan bersatu mengecam Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Menteri Besar dari PKR tersebut. Hari ini, mereka bangkit setelah tersedar bahawa kepimpinan Pakatan Haram di Selangor itu jelas tidak mendahulukan Islam sebagaimana seharusnya seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Salah sebuah pertubuhan yang mengutuk keras reaksi khianat Khalid “Gagap” itu ialah Presiden Pembela, Dr. Yusri Mohamad merupakan rakan seangkatan Anwar Ibrahim di dalam ABIM. Beliau dalam kenyataannya kepada media, tidak bersetuju dengan campur tangan politik terhadap insiden pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor itu terhadap Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya, Rabu lalu.

Beliau juga menjelaskan bahawa tidak ada tindakan yang boleh ditakrifkan sebagai “serbuan”, “menyerang” atau “merempuh” gereja sebagaimana yang dilaporkan oleh media pro-pembangkang seperti malaysiakini dan Malaysian Insider. Ia hanyalah pemeriksaan yang mengikut tertib dan prosedur biasa sebagaimana yang kebiasaan yang diamalkan oleh agensi kerajaan. Itupun Jais hanya masuk ke majlis selepas program itu tamat.

Meskipun laporan penuh JAIS mengenai insiden ini belum dikeluarkan secara rasmi, NGO-NGO tersebut telah pun lebih awal menghubungi rakan-rakan mereka di JAIS untuk mengetahui situasi sebenar tentang apa yang berlaku di tempat kejadian itu. Jelas sekali, NGO-NGO itu tidak langsung mempercayai laporan berita portal pro-pembangkang berkenaan. Sebab itulah mereka cari cerita sebenar dari sumber sebenar!

Apa yang menarik ialah pengisian kemarahan NGO-NGO itu terhadap Menteri Besar Selangor dan campur tangan Pas Pusat terhadap insiden tersebut. Mereka marah pada Khalid “Gagap” kerana Menteri Besar itu jelas tidak punya kuasa untuk campur tangan di dalam hal ehwal agama Islam yang tertakluk sepenuhnya di bawah bidang kuasa DYMM Sultan Selangor.

NGO- NGO terbabit sepakat untuk menyatakan bahawa Khalid “Gagap” seharusnya tidak berkompromi dengan status dan hak yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan MB tidak perlu berasa apologetik serta memohon maaf kepada penganut agama lain berkaitan isu ini, lebih-lebih lagi sebelum hasil kajian disempurnakan. Tentu merah pada muka Khalid menerima “tamparan” sebegini!

Lebih pedih lagi apabila Presiden PEKIDA, meminta Khalid “Gagap” melepaskan saja jawatan Menteri Besar sekiranya tidak mampu mempertahankan kedaulatan Islam di Selangor. Macamana Khalid? Sanggup letak jawatan? Rasanya, sekiranya Khalid “Gagap” ada di depan Ayahanda PEKIDA itu ketika kenyataan ini dikeluarkan, mungkin Khalid sudah makan penampar!

Dan paling peritnya ialah NGO-NGO Islam berkenaan telah menyerahkan memorandum setebal lima halaman kepada DYMM Sultan Selangor, mengadu tentang perangai Khalid “Gagap” yang mengaibkan Islam di negeri naungan Baginda itu. Memorandum tersebut diterima oleh setiausaha sulit Baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.

Mungkin selepas ini Khalid “Gagap” akan bertambah gagap. Apa yang dia nak jawab pada Baginda Sultan Selangor? Umat Islam sudah mengadu mengenai sikapnya sebagai “Pak Turut” kepada DAP! Pening kepala? Saya sarankan Khalid untuk berhubung dengan Nizar Jamaluddin. Nizar “ada pengalaman kantoi buruk perangai” di Perak (isu tanah 999 tahun!). Dia pernah mohon derhaka pada DYMM Sultan Perak. Mungkin Khalid “Gagap” boleh tiru tindakannya menderhaka kepada DYMM Sultan!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");