Kolumnis

PAKATAN RAKYAT CARI JALAN UNTUK MENIPU DALAM HAL MURTAD

Bukti sudah semakin jelas tentang pembabitan gereja yang menimbulkan kontroversi dalam konspirasi pemurtadan umat Islam. Pakatan Rakyat, bukan sahaja di Selangor, bahkan di seluruh Malaysia sedang mencari-cari jalan bagaimana mereka dapat keluar daripada masalah tersebut, sekaligus menutup terus isu berkenaan.

Anwar tidak campur tangan. Azmin Ali tutup mulut. Wan Azizah seperti biasa, hanya menunggu Anugerah Tuhannya bersuara. Nurul Izzah hilang lenyap melayan kerenah anak-anaknya.

Pasukan PAS Selangor juga garu kepala.

Ini bukan isu kecil. Ini isu besar yang kalau tersilap layan akan menyebabkan Selangor melayang dari tangan Pakatan Rakyat. Orang Melayu-Islam di Selangor semakin marah. Cubaan para pencacai Pakatan Rakyat untuk memecahkan fokus pada kerenah Gereja Methodist Damansara Utama, masih lagi tergapai-gapai. Malah semakin dicuba untuk melarikan topik perbualan hangat tentang pemurtadan umat Islam membabitkan gereja tersebut kepada SPR dan pengundi hantu, semakin banyak pula orang yang membuka mulut.

Isu murtad sebenarnya bukan isu kecil. Sebelum ini, sudah terlalu banyak laporan media tentang cubaan memurtadkan umat Islam. Laporan yang dibuat oleh sebuah media tentang kegiatan sebuah gereja di Kuala Lumpur, pernah menimbulkan kegemparan dan kemarahan DAP selain penafian keras gereja berkenaan dengan menyalahkan wartawan-wartawan media tersebut yang menurut mereka menceroboh tanpa sedikit pun ingin memperkatakan tentang laporan yang dibuat.

Bahkan apabila S.S Mufti Perak menyatakan jumlah yang telah berjaya dimurtadkan, ia semakin menambahkan lagi kehangatan isu tersebut sehingga pihak berkuasa, cuba menutup kisah tersebut dengan membuat pintasan cerita.

Sungguhpun Perlembagaan Malaysia menjamin kebebasan beragama, tetapi ia tertakluk kepada Artikel 152 dan Artikel 153. Bahkan Artikel 11 yang menjamin kebebasan beragama mempunyai Fasal iaitu Fasal 4 yang menyatakan dengan hak Wilayah-Wilayah Persekutuan dan undang-undang persekutuan untuk menyekat atau mengawal pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, tidak boleh mana-mana pendakwah daripada agama lain, berdakwah dan cuba memurtadkan umat Islam walau dengan apa-apa cara sekalipun.

Pemeriksaan yang dijalankan oleh JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama 3 Ogos lalu, dipertahankan oleh 45 NGO Islam Selangor. Malah jurucakap gabungan NGO tersebut, Dr. Dzulkhairi Husain, pihaknya mempunyai cukup bukti berlaku kegiatan meragukan di gereja berkenaan pada waktu pemeriksaan dilakukan dan tindakan JAIS mempunyai asas.

AGENDA DAILY telah menyiarkan sebahagian daripada bukti-bukti yang berjaya mereka kutip dari tong sampah yang cuba dilupuskan oleh pihak-pihak tertentu di gereja berkenaan. Reaksi daripada Kerajaan Negeri Selangor, masih lagi ditunggu.

Khalid Ibrahim telah mengeluarkan arahan agar tiada mana-mana Exco yang membuka mulut berkenaan hal pemurtadan ini. Sedangkan pada masa yang sama, dia sendiri dilaporkan secara peribadi telah menghubungi pihak Gereja Methodist Damansara Utama untuk meminta maaf di atas pemeriksaan yang dijalankan oleh JAIS.

Tindakan Khalid itu menimbulkan kecaman dari banyak pihak. Semua orang melihat tindakan Khalid tidak lebih daripada ketakutan seorang pemimpin Melayu Pakatan Rakyat yang terpaksa sentiasa tunduk sujud kepada kuasa DAP.

Sesuatu yang sangat jelas boleh dilihat ialah kesungguhan pada pencacai upahan Pakatan Rakyat cuba melarikan fokus terhadap perkembangan terbaru di Selangor selain kemelut UNISEL yang

bukan sahaja memalukan Pakatan Rakyat, bahkan memperlihatkan serta membuktikan kerakusan mereka untuk campurtangan dalam segala hal walaupun mereka beretorik sebaliknya. Para pencacai upahan cuba memperkatakan tentang SPR dan pengundi hantu, bahkan tidak dapat membezakan antara nama seorang Asli dengan nama sebuah kampung sehingga cuba memperbesar-besarkan isu berkenaan.

Isu Unisel mungkin bukan isu besar dan berat, tetapi isu pemurtadan seandainya tidak dikenakan sebarang tindakan susulan, pasti akan menyebabkan negara ini bergolak… sesuatu yang sangat-sangat ditunggu oleh kuasa Zionis yang ingin masuk ke mari!!!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");