Perak Hari Ini

Perak mahu PKNP bergerak seiring dengan kemajuan negara

Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri (PKNP) akan mengalami proses penambahbaikan bagi memastikan pembangunan organisasi berkenaan bergerak seiring dengan kemajuan negara.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memberitahu kerajaan negeri telah pun mengarahkan syarikat Konsultasi dan Audit Ernst dan Young untuk mengkaji dan melihat kedudukan PKNP setakat ini.

Katanya langkah itu diambil bagi mengenalpasti sama ada pembangunan yang dilaksanakan PKNP bersesuaian dengan perkembangan ekonomi negara.

Jelas beliau lagi, setakat ini kerajaan negeri telah mengemukakan beberapa perkara yang boleh dilihat semula terutama dari aspek fungsi serta peranan PKNP.

“Banyak perkara yang perlu dilihat dan kerajaan negeri merasakan perlunya satu anjakan baru dilaksanakan bagi memastikan PKNP terus maju.

“Pembentangan awal dari syarikat Ernst dan Young telah dibuat dan hasil dari kajian itu kita melihat tiga aspek penting yang menjadi teras kepada proses penambahbaikan ini.

Zambry menambah, antara yang menjadi kepentingan adalah kerajaan negeri melihat PKNP memerlukan hala tuju yang lebih jelas dimana perancangan masa depan strategik perlu wujud dalam setiap perlaksanaan agensi terbabit.

Selain itu katanya, PKNP juga dilihat perlu melakukan penambahbaikan terutama dari segi pencapaian bagi memastikan organisasi terbabit terus mantap dimasa akan datang.

“Satu lagi bidang yang perlu dilihat adalah dari aspek ‘talent’ atau kemampuan perancangan… ini adalah untuk memastikan PKNP bergerak seiring dengan pertumbuhan yang ada sekarang.

“Masa sekarang sudah berubah…pembangunan dan kemajuan negara telah berkembang pesat jadi kita tidak boleh duduk di takuk lama dan perkara ini boleh membuatkan kita ketinggalan… jadi ini yang perlu kita elakkan.

“Kerajaan negeri mahu PKNP menjadi sebuah agensi yang kompetitif dan mampu bersaing dengan persekitaran ekonomi dan kedudukan sosio ekonomi yang baru,”katanya.

Zambry ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di pejabatnya petang tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");