Perak Hari Ini

PMPP Ringankan Beban Pasangan Warga Emas

Kehidupan golongan kurang bernasib baik pastinya menjadi lebih perit apabila menjelangnya bulan Ramadhan, namun kesusahan itu sudah tentu mendapat perhatian dari pertubuhan-pertubuhan kebajikan yang tidak henti-henti bekerja keras untuk meringankan bebanan mereka.

Walau sekecil manapun bantuan itu ia sudah tentu memberi kesan yang besar kepada penerimanya apatah lagi sumbangan berkenaan banyak membantu golongan terbabit mengharungi ibadat puasa.

Begitulah yang dirasai oleh Ahmad Idris, 80an, bekas kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) setelah menerima sumbangan bantuan makanan dari Pertubuhan Masyarakat Prihatin Perak (PMPP).

Keceriaan jelas terpancar di wajahnya ketika menerima sumbangan yang berupa barang-barang makanan untuk keperluan harian termasuk beras, makanan tin, dan biskut.

Ahmad Idris yang terlantar akibat lumpuh sejak dua tahun yang lalu, hanya bergantung harap kepada isterinya Mariam Putih Nikmat, 71 untuk meneruskan kehidupan seharian.

Bagaimanapun dengan sumber pendapat bulanan mereka yang hanya RM140 sebulan hasil dari pencen suaminya sememanganya tidak mencukupi pada hari biasa apatah lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Pembelanjaan seharian kami sememangnya tidak mencukupi ditambahi kos perubatan suami agak tinggi.

“Tambahan pula hutang rumah masih belum selesai. Mujurlah jiran-jiran dan masyarakat sekeliling prihatin ke atas nasib kami untuk datang menghulurkan bantuan.

“Saya berterima kasih dengan bantuan yang diterima terutamanya bantuan seperti ini yang boleh meringan bebanan kami berdua”, katanya yang menetap dirumah sendiri di Taman Meru 2C, Jelapang.

Yang Dipertua PMPP, Mohd Rawi Abdullah ketika menyerahkan sumbangan terbabit berkata bantuan tersebut merupakan salah satu aktiviti PMPP sempena kehadiran bulan puasa tahun ini.

“Seperti bulan puasa sebelumnya, sumbangan kepada golongan miskin dan keterbawahan menjadi fokos utama kami.

“Kami mahu golongan seperti ini mendapat pembelaan dan sama-sama menyambut bulan puasa dengan selesa dan tenang.

“Sumbangan kami merupakan barang-barang makanan untuk keperluan harian dan ia dirasakan mencukupi untuk menampung kehidupan keliarga ini selama sebulan berpuasa dan pastinya dapat mengurangkan perbelanjaan mereka,”katanya

Turut sama hadir sewaktu penyerahan sumbangan tersebut ialah Setiausaha PMPP Ranjit Singh Randawa dan Bendahari Sunny Choo.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");