Perak Hari Ini

Rakyat bangga Perak ada pemimpin berjiwa rakyat

“Dr. Zambry adalah Menteri Besar terbaik”

Demikianlah tanggapan rakyat terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang tidak henti-henti melaksanakan aktiviti turun padang.

Kali ini lawatan beliau ke daerah Manjung dimana Zambry telah bersama-sama membeli belah juadah berbuka puasa bersama rakyat di sekitar Dataran Seri Manjung.

Jika semalam PerakToday telah mendengar pendapat peniaga di sekitar Bazar Ramadhan Medan Gopeng berkaitan pemansuhan lesen niaga, kali ini kami memantau sejauh mana bantuan kerajaan negeri itu memberi kesan kepada peniaga di Manjung.

Apa yang dilihat, peniaga bazar di Manjung bukan sahaja menganggap keputusan itu merupakan tanda keprihatinan kerajaan negeri malah kebanyakkan mereka menyifatkan Zambry sebagai Menteri Besar terbaik.

Salah seorang peniaga, Ismali Ismail 34 tahun, bersyukur dengan keputusan yang diambil kerajaan negeri itu kerana ia sekaligus telah membantu golongan berkenaan mendapat lebih banyak hasil jualan.

Katanya, tindakan Zambry itu tidak pernah dibuat oleh mana-mana kerajaan negeri dan ia merupakan satu keputusan yang mengambil kira kebajikan rakyat.

“Saya bersyukur dan berbangga kerana adanya Menteri Besar berjiwa rakyat mengetuai pentadbiran negeri Perak…segala keputusan yang dibuat tidak pernah membebankan rakyat malah sebagai rakyat kami sentiasa mendapat faedah-faedah dari keputusan itu.

“Bila beliau (Zambry) mengumumkan permansuhan itu kami semua bersyukur…ia memang banya membantu kami bertambah dengan fenomena kenaikan harga barang jadi dengan tindakan itu maka kuranglah sedikit kos yang perlu kami tanggung,”katanya.

Setuju dengan pendapat rakannya, bagi Noraida Osman 41 tahun, kedatangan Zambry untuk membeli belah di Manjung sudah jelas menunjukkan beliau seorang pemimpin yang amat prihatin.

Katanya, selain dapat bertukar pendapat dengan pemimpin golongan peniaga juga merasakan mereka tidak dipinggarkan oleh kepimpinan tertinggi negeri.

“Hidup sebagai peniaga ini susah nak ditentukan, bukan selalunya mendapat untung jadi dengan kedatangan beliau (Zambry) hari ini ia sedikit sebanyak menggembirakan hati kami.

“Bukan senang nak berjumpa pemimpin tertinggi negeri… tetapi hari ini beliau sendiri yang turun untuk berjumpa rakyat,” tambahnya.

Berbeza dengan Noraida, bagi seorang peniaga kuih muih Rozilawati Jaafar 37 tahun melihat Zambry sebagai seorang pemimpin yang kreatif.

Ini kerana, baginya, Zambry tidak henti-henti memikirkan cara untuk membantu rakyat di Perak malah sanggup berpanas hujan dan turun menemui rakyat.

“Dari cara beliau turun dan menemui rakyat kita tahu beliau seorang pemimpin yang sentiasa mencari idea untuk memastikan rakyatnya senang… dan hari ini banyak bukti yang kita boleh tengok antaranya memansuhkan lesen peniaga bazar.

“Rakyat Perak bukan sahaja peniaga perlu bersyukur kerana dengan pemansuhan lesen ini membuatkan kami mengurangkan harga barangan dan ia sekaligus mengurangkan bebanan orang ramai…jadi akhirnya semua orang mendapat faedah,”jelas Rozilawati.

Terdahulu, Zambry mengumumkan keputusan itu yang menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan lebih RM800,000 hasil kutipan bayaran lesen daripada 15 pihak berkuasa tempatan di negeri itu tahun lalu.

Langkah itu kata Zambry, dibuat bagi memudahkan peniaga berniaga di sepanjang bulan Ramadan serta meraih pendapatan yang berbaloi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");