Perak Hari Ini

Ramadhan dan Merdeka disambut bersama

Tidak hilang seri dan semangat patriotik sambutan Kemerdekaan tahun ini walaupun di bulan Ramadhan.

Malah ia menjadi lebih meriah apabila kedua-duanya disambut bersama-sama di negeri Perak menerusi Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadhan 2011 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia.

Program yang pada mulanya merupakan salah satu agenda utama di setiap sambutan bulan Kemerdekaan sejak pelancarannya pada tahun 2001.

Bagaimanapun program berkenaan tidak diaktifkan buat beberapa tahun sebelum disemarakkan semula tahun ini.

Hasil kerjasama antara Jabatan Penerangan Malaysia, Radio Televisyen Malaysia(RTM), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Jabatan Warisan Negara dengan agensi swasta program berkenaan dihidupkan semula.

Lebih menarik, kembara berkenaan bergerak seiring dengan program-program disepanjang bulan Ramadhan.

Ketua Penerangan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar ketika ditemui memberitahu kesemua jabatan kerajaan dan agensi swasta terbabit telah mengembeleng tenaga menghidupkan kembali program berkenaan bagi menyemarkan semangat merdeka.

Katanya, dalam program terbabit, Konvoi Kembara Merdeka akan menjelajah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, di Perak, konvoi tersebut telah mengembara 5 lokasi termasuk Manjoi, Tanjung Malim, Parit dan Seri Manjung dan telah bermula sejak awal bulan ini.

Sepanjang perjalanan konvoi terbabit mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan ke-54 ini.

Setiap lokasi yang dikunjungi, konvoi berkenaan mengedarkan Jalur Gemilang secara percuma untuk menggalakkan masyarakat sejagat mengibarkannya sebagai tanda terimah kasih dan kesyukuran terhadap negara yang disayangi ini.

Semalam, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melepaskan Konvoi Kembara Merdeka di Seri Manjung.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");