Perak Hari Ini

Tengku Mahkota Lahir Rasa Sedih, Pesan Tragedi Dijadikan Iktibar

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah melahirkan rasa sedih dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan penduduk di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang di sini atas tragedi tanah runtuh yang berlaku petang Ahad.

Baginda berharap musibah yang tidak disangka itu dijadikan iktibar oleh semua pihak dan menjadi tanggungjawab untuk menentukan keselamatan kesemuapenduduk di situ pada masa depan.

“Satu kajian perlu dilakukan terhadap tragedi ini, keselamatan penduduk di kampung ini perlu diawasi serta kesemua mereka perlu diberi penempatan yangselesa,” kata baginda ketika mengadakan lawatan ke kawasan kejadian di sini Isnin.

Titah baginda tragedi itu perlu dijadikan iktibar supaya tidak ada lagi kawasan perumahan dibina di lereng bukit.

Baginda juga menasihatkan penduduk di situ berhati-hati memandangkan cuaca pada masa sekarang tidak menentu dan mereka perlu mengelakkan kawasan yangberisiko serta berbahaya terhadap sebarang bentuk bencana.

Mengenai perkampungan Orang Asli Sungai Ruil itu, sudah tiba masanya kawasan penempatan berkenaan diberi wajah baru, titah baginda.

Tengku Abdullah mengalu-alukan hasrat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang akan mencari kawasan baru bagi menggantikan rumah yang musnah.

Baginda turut meminta Jabatan Kesihatan mempertingkatkan kemudahan di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata supaya sekiranya berlakukecemasan, mangsa yang terselamat tidak perlu dibawa ke Ipoh untuk menerima rawatan.

“Harap semua dapat bersabar terutama kepada keluarga mangsa yang terlibat. Terima kasih kepada pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan semua agensiterlibat atas bantuan serta semangat untuk membantu tambahan pula semua kerja-kerja mencari dan menyelamat dapat diselesaikan dalam tempoh lima setengahjam,” katanya.

Tragedi itu meragut tujuh nyawa termasuk empat wanita, manakala dua lagi parah. Polis menghentikan operasi mencari dan menyelamat pada 1.50 pagi tadiselepas mangsa terakhir ditemui pada 1.20 pagi.

Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil yang terletak kira-kira dua kilometer dari Jalan Brinchang-Tanah Rata mempunyai 45 buah rumah yang didiami kira-kira1,300 penghuni dan merupakan perkampungan Orang Asli paling lama wujud di sini. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");