Perak Hari Ini

Tragedi Cameron Highlands: JKM Hulur Bantuan Barangan Keperluan

Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi berkaitan akan memberi bantuan segera berbentuk barangan keperluan dan perubatan kepada semua 523 mangsa tragedi tanah runtuh di perkampungan Orang Asli di Sungai Ruil, Cameron Highlands, Ahad.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata bantuan tersebut akan diagihkan kepada mangsa yang kinidipindahkan ke penempatan sementara di dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Brinchang, Cameron Highlands.

“Agensi seperti Majlis Keselamatan Negara akan menyediakan bantuan kewangan kepada keluarga mangsa yang terjejas akibat tragedi tersebut bagi memastikannasib mereka ini terbela,” katanya kepada pemberita selepas majlis Barakah Ramadan Bersama Kumpulan Sasar dan Jakel Trading di sini Isnin.

Turut hadir, Pengarah Urusan Jakel Trading, Mohamed Faroz Mohamed Jakel.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang semalam lima buah rumah di perkampungan tersebut tertimbus akibat tanah runtuh dan setakat ini telah mengorbankan tujuhnyawa manakala dua lagi cedera parah.

Dalam pada itu sebagai tanda prihatin, Mohamed Faroz berkata Jakel Trading turut akan memberi sumbangan berbentuk pakaian dan barangan keperluan kepadasemua mangsa yang terjejas dan bantuan RM1,000 kepada setiap keluarga mangsa yang maut dalam tragedi tersebut.

Sementara itu dalam memastikan golongan peniaga dapat terus menjana pendapatan tinggi, Shahrizat berkata adalah penting untuk rakyat terus menyokongkerajaan yang dapat menjamin kestabilan ekonomi, politik dan sosial.

“Jangan pilih pembangkang, sebab mereka ini boleh bawa huru-hara, kita tak mahu keadaan yang tak stabil, jika tidak ekonomi kita akan terjejas sekaligusmenjejaskan pendapatan golongan peniaga dan juga masyarakat,” katanya.

Sempena program itu, seramai 300 warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) daripada institusi di bawah JKM dari Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpurdan Negeri Sembilan hari ini berpeluang memilih sendiri pakaian untuk Hari Raya Aidilfitri yang disumbangkan oleh Jakel.

Shahrizat berkata penglibatan Jakel sebagai rakan pintar dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti itu juga perlu diperluaskan kepadabanyak lagi sektor korporat yang lain sebagai tanda prihatin kepada golongan kurang berkemampuan. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");