Perak Hari Ini

Tragedi Tanah Runtuh di Cameron Highlands mengorbankan 3 nyawa setakat ini

CAMERON HIGHLANDS, 7 Ogos (Bernama) — Tiga wanita terbunuh manakala tiga lagi, dua lelaki dan seorang wanita, cedera parah dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Brinchang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kejadian berlaku pada kira-kira 5.45 petang semasa hujan lebat.

Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh belum dikenalpasti manakala yang cedera ialah Bah Anjang Besar a/l Alang, 39, Serry Priary a/p Saari, 15 dan Ali Hassan, 50.

Sebanyak tiga lagi mangsa dikhuatiri tertimbus.

Pasukan bomba menemui mayat mangsa pada kira-kira 6.15 petang manakala dua yang cedera parah berjaya dikeluarkan kira-kira 20 minit kemudian.

Mayat wanita dan dua yang cedera itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata di sini.

Mangsa ketiga yang cedera, Ali dijumpai oleh pasukan penyelamat pada kira-kira 11.25 malam tadi dan telah dimasukkan ke hospital sama.

Dua lagi mangsa yang terkorban dijumpai pada kira-kira 12.25 tengah malam dan 12.35 tengah malam tadi.

Wan Mohd Zahari berkata sebanyak tiga buah rumah terbabit dalam kejadian itu.

Lebih 100 anggota polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam dengan bantuan penduduk masih menjalankan usaha mencari sehingga tegah malam ini.

Perkampungan berkenaan terletak kira-kira 2 km dari jalan Brinchang ke Tanah

Rata dan pasukan penyelamat terpaksa berjalan kaki masuk ke kawasan kejadian.

Wan Mohd Zahari berkata tiga lagi penduduk yang dikhuatiri tertimbus terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita.

Menurut penduduk, lima yang tertimbus termasuk dua wanita yang dijumpai itu ialah Jaafar, 49; Mohd Iqbal Jaafar, 15; Sara bt Guynung, 35; Norma bt Gunung, 51 dan Yusnizan bt Yusof, 22.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");