Perak Hari Ini

YBUDR anjur program motivasi bentuk peribadi murid Orang Asli

Bagi membentuk keperibadian dan sahsiah di kalangan pelajar Orang Asli, Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dengan kerjasama Yayasan Perak dan Jabatan Pelajaran Negeri Perak bergabung tenaga mengadakan kursus motivasi kepada golongan itu baru-baru ini.

Program kecemerlangan pendidikan murid Orang Asli selama lima hari itu melibatkan penyertaan seramai 117 pelajar Tahun 6 pada dan kali ini ia diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuah, Langkawi.

Ia dirasmikan oleh Ketua Eksekutif YBUDR, Datuk Zainal Abidin Omar yang mengakui program itu memberi suatu pengalaman baru kepada beliau untuk memotivasikan peserta kursus.

Katanya, menuntut ilmu bukan sekadar untuk mendapatkan kelulusan dalam peperiksaan semata-mata, tetapi juga sehingga ke peringkat tertinggi.

“Ini kerana, ilmu dan pengetahuan inilah yang menjadi bekalan bagi membantu kita untuk memilih kerjaya masing-masing,” tambah beliau.

Beliau juga mengingatkan peserta, ilmu yang diperolehi bukan hanya membantu diri sendiri tetapi dapat membantu keluarga dan masyarakat Orang Asli khususnya.

“Apabila kita berjaya, secara tidak langsungkita akan menjadi ikon kepada generasi pelapis dan apa yang penting minat untuk belajar, ke sekolah dan elakkan gejala ponteng sekolah jika berhasrat untuk berjaya,” jelasnya.

Hadir sama, Pengurus Besar Yayasan Perak, Datuk Abdul Jamil Mat Kasa.

Selain program motivasi di dalam dewan, peserta turut dibawa melawat ke lokasi-lokasi bersejarah di negeri ini iaitu Makam Mahsuri, Beras Terbakar serta ke Underwater World, Langkawi Cable Car, Galeri Perdana dan tempat pemprosesan gamat asli.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");