Membawang Hari Ini

12.12.12 Suki akhiri zaman bujang

PENYANYI kecil molek yang pernah menjadi juara One In A Million musim pertama, Low Sook Yee atau lebih dikenali sebagai Suki Low bakal mengakhiri zaman bujangnya pada 12 Disember ini.

Suki memilih seorang ahli perniagaan, Jeremy Chong, 30 yang berasal dari Pulau Pinang sebagai pasangannya.

Menurut Suki, dia bakal berkahwin pada 12 Disember ini, sehari selepas hari lahirnya yang ke-23.

“Suki akan mengadakan majlis perkahwinan pada bulan ini, 12.12.12 kerana hari itu amat istimewa. Hanya selepas 100 tahun, baru bertemu kembali tarikh itu.

“Hari lahir saya sehari sebelum majlis perkahwinan, jadi kami buat sambutan selama tiga hari berturut-turut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian Online.

Suki juga memberitahu lagu ‘single’ keduanya yang terbaru menjadi sangat istimewa sempena perkahwinannya itu.

“Suki telah mengeluarkan ‘single’ yang terbaru, tajuknya Untuk Kamu, sempena majlis perkahwinan inilah. Suki bercuti hari itu (hari perkahwinan) jadi orang lain yang menyanyi.

“Lagu itu memang ‘sweet’, sangat romantik, macam lagu tema dan sempena majlis perkahwinan ini, lagu itu akan diputar di radio,” katanya dengan nada ceria.

Bercerita sedikit tentang bakal suaminya itu, Suki melahirkan keyakinan terhadap pilihan hatinya itu.

“Dia sebenarnya seorang peniaga dan memiliki sebuah syarikat rakaman dan muzik eksekutif untuk Suki. Dia juga pernah menulis lirik untuk Suki bagi Lagu Terlalu Mencintaimu.

“Suki amat yakin dengan tunang Suki kerana dia lebih matang. Saya yakin dia boleh membimbing saya dalam kehidupan. Saya rasa amat selesa dan selamat bersama dia,” katanya yang sudah merancang lama untuk berkahwin.

Penyanyi kelahiran Negeri Sembilan ini juga mengakui tidak tertekan dalam mempersiapkan majlisnya kerana menerima sokongan penuh keluarga dan rakan-rakan.

“I feel good. Banyak orang kata kalau nak kahwin, tertekan..banyak kerja nak buat tetapi nasib baik Suki ada banyak kawan yang sudi menolong dan perancangan Jeremy. Dia memang seorang yang pandai merancang.

“Sebenarnya dia nak bagi saya sebuah pengalaman yang ‘very pleasant experience’. Dia yang buat kebanyakan perancangan itu. Dia beritahu saya, saya cuma perlu menjadi pengantin yang cantik,” katanya yang sudah melebarkan sayap ke Hong Kong.

Pasangan ini memilih tema perkahwinan ringkas yang diadakan di sebuah taman.

“Tema perkahwinan kami ringkas saja. Kami memilih warna putih untuk pengantin dan warna ungu untuk tetamu. Kemudian, majlis akan diadakan di taman,di tepi pantai . ia seperti perkahwinan impian saya, saya nak ia menjadi seperti itu,” katanya.

Bercerita tentang pertemuan dan perkenalannya dengan Jeremy, Suki memberitahu bahawa majlis rumah terbuka yang telah mempertemukan mereka.

“Kami berjumpa kira-kira lima tahun lepas di sebuah majlis rumah terbuka Hari Raya. Setahun selepas itu kami bertemu kembali pada majlis yang sama. Sejak itu, kami mula ‘keep in touch’. Dah empat tahun kami bersama,” katanya yang terpaksa menangguhkan bulan madu berikutan jadual yang penuh dengan undangan.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");