Isu Panas

Ambiga perlu jawab tawaran calon PRU-13

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga didesak menjawab desas-desus beliau dijanjikan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata, jika desas-desus itu berasas, Ambiga perlu menyatakan parti politik yang membuat tawaran itu serta kawasan pilihan raya yang dijanjikan kepada beliau.

“Ramai yang mahu tahu mengenai desas-desus ini serta pendirian dan keputusan Ambiga sendiri berhubung perkara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada desas-desus oleh beberapa pihak yang mendakwa Ambiga ada dijanjikan untuk menjadi calon bagi mewakili sebuah parti politik pada pilihan raya umum akan datang.

Isu mengenai Ambiga akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang pernah ditimbulkan sebelum ini namun, beliau menegaskan tidak akan sama sekali bertanding meskipun ada gesaan agar meneruskan agenda Bersih dengan menjadi wakil rakyat.

Kaitan Ambiga dengan parti politik terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga semakin terserlah apabila ramai yang menilai tindakannya meneruskan perhimpunan haram pada 9 Julai adalah percubaan untuk mengalihkan isu besar dalam PKR terutamanya isu liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

– Utusan Malaysia

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");