Isu Panas

Dunia kiamat pun salah UMNO…

Kadangkala memang bosan dan “tension” kalau ditugaskan buat liputan sidang media pembangkang khususnya PKR dan PAS.
Pertama kerana pemimpin parti yang adakan sidang media memang pakar pusing-pusing cakap macam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Datuk Mustapha Ali.
Mereka guna kebolehan bercakap putar belit cerita kalau ada warrtawan yang gasak dengan soalan-soalan panas. Akhirnya mereka salah media kononnya dikuasai kerajaan.
Silap hari bulan media yang melaporkan berita akan disaman. Satu tindakan untuk menghalang media melaporkan berita yang boleh beri kesan pada mereka dan parti. Dengan menyaman media seperti memaksa media tutup mulut dan selakigus menutup pembohongan mereka yang ada kalanya direka-reka.
Namun, kebiasaannya sidang media pembangkang akan berakhir dengan UMNO atau kerajaan BN dipersalahkan.
Terbaru, PAS mempalitkan UMNO dalam isu Mat Sabu dengan tragedi Bukit Kepong.
Timbalan presiden PAS itu yang memulakan polemik ketika berceramah di Tasik Gelugor hampir dua minggu lalu, tetapi apabila ‘telinganya hanmpir bernanah’ kena balun sakan banyak pihak, PAS kata UMNO sengaja main isu ini.
Alasannya kerana media perdana dan stesen TV yang mereka tuduh pro UMNO dan kerajaan terus menjual isu itu dalam berita yang berlarutan lebih 12 hari.
Dalam sidang media di ibu pejabat PAS, Selasa, Mustapha sekali lagi secara terang mendakwa UMNO hendak alih perhatian isu pendaftaran rakyat asing sebagai pengundi apabila isu Mat Sabu-Bukit Kepong diperbesarkan.
Bulan lalu, Setiausaha Agung PAS itu juga tuduh UMNO jadi dalang pemeriksaan JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama, malah kononnya ada bukti.
Isu itu akhirnya bakal mendedahkan dirinya dengan saman RM10 juta yang dikemukakan UMNO Selangor selepas Mustapha enggan memohon maaf dan menarik balik dakwaannya itu.
Sebab itu ada kawan wartawan buat lawak apabila dengar PKR atau PAS salahkan UMNO dalam semua hal.
“Kalau dunia kiamatpun, mereka akan salahkan UMNO,” kata wartawan itu walaupun kasar bunyi lawaknya.
Mudah sungguh pembangkang hendak mengelak jawab isu yang kena batang hidung mereka. Mereka main borong semuanya salah UMNO dan kerajaan BN.
Lihatlah bagaimana mereka spin jadikan Mat Indera dan kematian Noramfaizul Mohd Nor di Somalia yang sedikit sebanyak kononnya telah mengalihkan perhatian negara terhadap hal perbuatan UMNO menjual kewarganegaraan kepada pendatang asing tanpa izin (Pati) dan pemilik MyPR.
“Bagi saya UMNO BN cuba sedaya upaya membenamkan isu penting ini, mereka dingatkan supaya jangan pandang sebelah mata terhadap kemampuan Pakatan bagi menangani kerja-kerja kotor BN yang perkuda SPR dan juga JPN bagi menambah jumlah pengundi hantu BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 13 nanti,” kata Ketua Sekretariat Pakatan
Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini. Katanya, isu pilihan raya yang adil tetap menjadi asas perjuangan Pakatan Rakyat memandangkan PRU sudah semakin hampir, petunjuk makin jelas di mana-mana, antaranya jalan di kampung kebanyakannya sudah siap hampir 100% diturap dengan tar yang baru.
Tambahnya, gula-gula politik makin giat diagih tatkala menjelang 1 Syawal baru-baru ini dengan jolokan duit raya menjadi petanda bahawa BN amat terdesak untuk meraih undi daripada rakyat.
Cubalah rakyat bayangkan kalau mereka ini memerintah negara. Mungkin masa itu, rakyat kena tutup mulut tidak boleh bersuara. Kalau cakap lebih akan disaman jutaan ringgit.
Kalau mereka buat salah sekalipun, UMNO atau BN yang jadi pembangkang ketika itu akan terus dipersalahkan. Maka betul lah kata kawan wartawan tadi, kalau boleh dunia khiamat pun pembangkang akan salahkan UMNO.
-Agenda Daily-
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");