Kolumnis

Giliran Nga Kor Meng Pula Bela Komunis

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Nga Kor Meng, Ahli Parlimen Taiping merangkap Setiausaha DAP Perak, sememangnya amat melucukan. Melucukan kerana dia sendiri mempunyai latar belakang keluarga yang sangat ‘misteri’ terutama ketika Perak dan Malaysia berada dalam keadaan darurat akibat ancaman komunis.

Nga Kor Meng yang sangat memusuhi Islam dan umatnya serta apa-apa yang mempunyai kaitan dengan Islam, termasuklah masjid dan sekolah agama, cuba mempertikaikan tentang hubungan Kerajaan Malaysia dengan Republik Rakyat Cina. Dia juga mempertikaikan tentang hubungan yang terjalin antara UMNO dengan Parti Komunis China yang ditandatangani pada Ogos 2010.  Kenyataannya itu disiarkan oleh portal rasmi DAP, ROKETKINI.

Sekaligus, Nga Kor Meng sebenarnya turut mempertikaikan asal mula hubungan rasmi antara Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak dengann Kerajaan Republik Rakyat China di bawah kepimpinan Mao Tze Tung dan Zhao En Lai pada tahun 1974, sekaligus mengakhiri bantuan Parti Komunis China kepada Parti Komunis Malaya.

Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China telah menyaksikan, ramai pemimpin komunis termasuklah komunis-komunis Melayu yang terpaksa meninggalkan negara China dan hidup di sempadan Malaysia-Thailand, sama ada sebagai pelarian mahupun rakyat tidak bernegara.

Kebijaksanaan Allahyarham Tun Abdul Razak yang memilih untuk mempunyai hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China yang merupakan tekanan besar kepada Parti Komunis Malaya yang sebelum itu sempat melakukan huru-hara menerusi Tragedi 13 Mei 1969. Walaupun PKM tidak terlibat secara langsung, ramai yang percaya, PKM adalah dalang di sebalik kebencian kaum yang menyaksikan para pemimpin dari kaum Cina yang baru sahaja memperolehi kewarganegaraan Malaysia dalam tempoh 15 tahun sebelum itu, menghasut agar segala hak keistimewaan Melayu dihapuskan.

Malah tidak diragui lagi, keputusan Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak, menyebabkan banyak pihak yang menyokong komunis tidak berpuas hati. Untuk tempoh yang agak panjang, sokongan kepada komunis tidak lagi dizahirkan.

Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China, malah Malaysia juga adalah negara pertama yang menyokong keanggotaan China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1971.

Apabila Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu menyatakan bahawa komunis yang menyerang Rumah Pasong Bukit Kepung pada 23 Februari 1950 sebagai pejuang sebenar berbanding anggota-anggota polis yang mempertahankan balai polis tersebut, Mat Sabu sebenarnya telah membuka ruang yang sangat besar bagi para penyokong komunis mendedahkan belang sebenar mereka.

Dan ternyata, Nga Kor Meng tidak mampu menahan dirinya daripada turut memperkatakan tentang komunis. Walaupun sekali imbas, tuduhannya bahawa UMNO meludah ke langit, namun sebenarnya ia tidak lebih daripada kekecewaannya kerana komunis kekal dianggap sebagai penjahat, pengganas dan masih tidak dapat diterima oleh rakyat.

Mencampur adukkan keganasan PKM dengan hubungan antara Malaysia dengan China menunjukkan bahawa ahli politik DAP itu sebenarnya mempunyai otak yang sangat kecil tetapi mempunyai mulut yang sangat lebar.

Hubungan diplomatik yang terjalin antara sesebuah negara mahupun parti politik kedua-dua buah negara merupakan antara kaedah kerjasama yang paling akrab. Secara tidak langsung, contoh yang dilakukan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak telah membuktikan kerjasama dan hubungan diplomatik yang terjalin dengan Republik Rakyat China telah menyebabkan Parti Komunis Malaya hilang tempat pergantungan terbesar mereka. Malah lebih daripada itu, pemimpin-pemimpin PKM yang sebelum itu berlindung di Negara Tembok Besar dan di belakang Mao Tze Tung, terpaksa angkat kaki dan terhegeh-hegeh di sempadan Malaysia-Thailand.

Sekarang pula, China merupakan kuasa besar di rantau sebelah sini. Dengan Malaysia menjadi antara 10 pelabur terbesar di China, dan negara tersebut menjadi rakan dagang serta pasaran eksport keempat terbesar untuk Malaysia, seharusnya hubungan yang lebih baik perlu diwujudkan.

Dalam hal ini UMNO adalah parti pemerintah di Malaysia, manakala Parti Komunis China pula adalah parti pemerintah di China. Dalam hal ini, tidak timbul UMNO menyokong komunis, sebaliknya yang wujud dalam kerjasama antara UMNO dan Parti Komunis China adalah persefahaman bagi tujuan diplomati dan perdagangan.

Agak aneh kerana Cina seperti DAVID Nga Kor Meng yang seringkali menampilkan dirinya sebagai seorang yang ‘pakar’ dengan data dan angka, tidak dapat membezakan antara kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan UMNO dengan Kerajaan Republik Rakyat China dan Parti Komunis China. Sepertimana juga Malaysia mempunyai hubungan dengan Cuba yang merupakan antara pemerintah saki-baki komunis di dunia ini, David Nga Kor Meng tidak sepatutnya meletakkan semua benda dalam satu bakul, sebaliknya sebagai seorang ahli politik dan pemimpin pembangkang dia perlu lebih bijak untuk mengenakan UMNO, bukannya memberikan kredit kepada UMNO kerana bertindak bijak membuat hubungan dengan China dan parti politik tunggal di negara itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");