Perak Hari Ini

Isu Mat Sabu: PBPM rasa terhina

Ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Negeri Perak berasa terhina dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang mengangkat komunis sebagai pejuang negara.

Ketua Penerangannya, Mohd Wadzir Abd Bahari berkata, polis berjuang demi mempertahankan bangsa, agama dan kedaulatan Raja-raja Melayu di Tanah Melayu ketika zaman sebelum merdeka.

“Ketika itu, Mat Indera merupakan tali barut komunis membawa pasukan mereka menyerang balai polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 yang menempatkan hanya 25 anggota polis ketika itu.

“Menyerang balai polis kecil serta membakar beret yang menempatkan keluarga anggota. Ini menunjukkan mereka tidak mempunyai sikap perikemanusiaan ketika itu. Inikah pejuang kemerdekaan membunuh bangsa sendiri?,” katanya selepas membuat laporan polis terhadap Mat Sabu di sini, semalam.

Menurutnya, Mat Sabu cuba mempolitikkan sejarah yang berusia 61 tahun berdasarkan pemahamannya dan bukan pengalaman yang dialami mereka yang terlibat ketika sebelum dan Pasca Merdeka.

“Anggota polis yang hampir maut menjaga keamanan walaupun selepas Merdeka itu dianggap sia-sia terutama ketika zaman darurat pada tahun 1969. Kenapa menyerang polis selepas bendera tanah Melayu dikibarkan?

“Mat Sabu tidak boleh politikkan sejarah dan mengelirukan rakyat. Pas yang memperjuangkan Islam tidak suruh berbuat demikian. Kerajaan perlu mengambil tindakan segera kepada pemimpin nombor dua itu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");